FAMA TV
Uncategorized

Jualan Agro Madani Pra Syawal

Jualan Agro Madani Khas Pra-Syawal anjuran FAMA pada 27 Mac 2025 berlangsung dengan meriah dan mendapat sambutan hangat daripada pengunjung.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.B. Puan Anfaal Binti Saari, bersama Ketua Pengarah FAMA dan Timbalan Ketua Pengarah FAMA (Khidmat Pengurusan). Dalam acara ini, Y.B. Puan Anfaal turut mengadakan jualan Happy Hour, melawat gerai-gerai usahawan, serta beramah mesra dengan para pengunjung. Sebagai tanda penghargaan, beliau juga menyerahkan dodol kepada pengunjung yang hadir.

Program jualan ini diadakan bagi memenuhi keperluan masyarakat menjelang perayaan dengan menawarkan pelbagai barangan asas seperti daging, ayam, santan, biskut raya, dan banyak lagi pada harga berpatutan. Inisiatif ini bukan sahaja membantu orang ramai membuat persiapan Syawal dengan lebih mudah tetapi juga memberi peluang kepada usahawan tempatan untuk memasarkan produk mereka.

Popular

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 𝐊𝐄 𝐌𝐀𝐏𝐂 𝐒𝐃𝐍. 𝐁𝐇𝐃. 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊

FamaTV Systems

Lawatan YB Menteri Kewangan II ke Pasar Tani Kelana Jaya

FamaTV Systems

Program Jualan Agro MADANI (JAM) Edisi Perlis 2026

FamaTV Systems

Leave a Comment