FAMA TV
Berita

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„π‘π€π’πŒπˆπ€π 𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 π€π†π‘πŽ πŒπ€πƒπ€ππˆ πŒπ„π†π€ @ πŠπŽπ“π€ πŠπˆππ€ππ€π‹π”

πŸ— πŒπ„πˆ πŸπŸŽπŸπŸ” | πŠπŽπ“π€ πŠπˆππ€ππ€π‹π”
πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„π‘π€π’πŒπˆπ€π 𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 π€π†π‘πŽ πŒπ€πƒπ€ππˆ πŒπ„π†π€ @ πŠπŽπ“π€ πŠπˆππ€ππ€π‹π”
YB Datuk Chan Foong Hin, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah merasmikan Program Jualan Agro MADANI Mega @ Kota Kinabalu di Lintasan Deasoka Kota Kinabalu. Negeri Sabah adalah negeri pertama yang dipilih untuk memulakan jelajah Program Jualan Agro MADANI Mega sebelum diteruskan ke negeri-negeri lain di seluruh Malaysia.
Program Jualan Agro MADANI Mega @ Kota Kinabalu yang berlangsung selama 2 hari bermula 9 Mei 2026 sehingga 10 Mei 2026 melibatkan 71 lot merangkumi Kluster Jualan Agro MADANI, Kluster Industri Makanan dan Asas Tani (IMAT), Kluster Empayar Makanan serta Kluster pameran agensi awam dan swasta.
Program ini adalah satu inisiatif kerajaan untuk memastikan rakyat mendapat akses kepada bekalan makanan pada harga yang berpatutan disamping membuka pasaran yang lebih luas kepada usahawan tempatan untuk meningkatkan pendapatan.
Selesai majlis perasmian, YB Timbalan Menteri telah melawat ke Kluster Jualan Agro MADANI dan melancarkan sesi jualan Happy Hour yang mana menawarkan harga yang lebih murah merangkumi jualan Kombo MADANI, Jualan Beras Peladang dan Jualan Ikan dari LKIM.
YB Datuk Chan turut mengadakan lawatan ke Kluster IMAT untuk beramah mesra bersama usahawan tempatan sebelum melancarkan Kempen Lebihkan Makan Buah-buahan tempatan dengan sesi pengagihan buah kepada pengunjung.
Bagi meraikan Hari Ibu yang disambut pada 10 Mei 2026 dengan tema “Seteguh KASIH Ibu”, YB Timbalan Menteri turut mengagihkan sayur salad kepada pengunjung yang bergelar ibu.
Majlis turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA, YBhg. Dato’ Sri Dr Haji Sabin bin Samitah, Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, YBrs. Puan Suraya binti Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Industri Agro Makanan) FAMA, YBrs. Puan Asmizal binti Jaafar, Pengarah Kanan Galakan Pasaran & Kepenggunaan FAMA dan YBrs. Encik Sebastian Chew, Pengarah FAMA Negeri Sabah & WP Labuan.

Popular

Hari Harta Intelek Negara 2026

FamaTV Systems

𝐏𝐄𝐋𝐔𝐍𝐂𝐔𝐑𝐀𝐍 ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐊𝐏𝐊𝐌 πƒπ”ππˆπ€ π€π†π‘πŽ+π‘ƒπ‘Ÿπ‘œπ‘‘π‘’π‘˜ πΏπ‘œπ‘˜π‘Žπ‘™ π΅π‘’π‘Ÿπ‘˜π‘’π‘Žπ‘™π‘–π‘‘π‘–, 𝐾𝑖𝑛𝑖 πΏπ‘’π‘π‘–β„Ž π‘€π‘’π‘‘π‘Žβ„Ž π·π‘–π‘‘π‘’π‘šπ‘’i

FamaTV Systems

Sesi Libat Urus YBTM KPKM Bersama Pemain Industri Durian

FamaTV Systems

Leave a Comment