๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐๐๐, 22 MEI 2026 โ Alhamdulillah, pekarangan Ibu Pejabat FAMA hari ini berlangsung dalam suasana meriah dan penuh keterujaan bersempena Program Jualan Agro MADANI (JAM) Edisi Perlis 2026.
Program bertemakan โ๐ฃ๐ฒ๐บ๐ฎ๐๐๐ต๐๐ฟ๐ฎ๐ป ๐๐๐ฎ๐น๐ฎ๐ป ๐๐ด๐ฟ๐ผ ๐ ๐๐๐๐ก๐ ๐๐ฑ๐ถ๐๐ถ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐น๐ถ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒโ ini merupakan inisiatif Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dalam usaha memastikan rakyat mendapat bekalan makanan pada harga berpatutan, di samping memperkukuh jaringan pemasaran usahawan agromakanan tempatan.
Majlis ini telah diserikan dengan keberangkatan tiba DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis, bagi menyempurnakan acara pemasyhuran program.
Turut hadir menyambut keberangkatan baginda ialah YBrs. Encik Abdul Rashid bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA, YBrs. Encik Faisal Iswardi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Sekuriti Makanan dan Operasi FAMA, YBrs. Puan Suraya binti Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Industri Agromakanan FAMA, YBrs. Encik Mohd Anzara bin Azizan, Pengarah FAMA Negeri Perlis serta barisan pengurusan kanan FAMA.
Pelbagai pengisian menarik telah menceriakan suasana program termasuk gimik gaul Kerabu Mangga Harumanis oleh DYTM Raja Muda Perlis, sesi pengenalan Sajian Utama Negeri Perlis, penyempurnaan plak perasmian Pemasyhuran JAM Edisi Perlis 2026, gimik kacau Pulut Kucai Harumanis serta agihan Pulut Kucai Harumanis percuma kepada para pengunjung.
Pengunjung turut tidak melepaskan peluang menikmati tawaran istimewa menerusi jualan kilat Happy Hour Kombo MADANI pada harga promosi serendah RM5.00 (terhad 100 unit), serta jualan 900 kilogram Mangga Harumanis Perlis. Secara keseluruhan, sebanyak 2 metrik tan Mangga Harumanis Perlis telah dibawa khas ke program ini, bersama jualan ayam segar, daging segar tempatan, sayur-sayuran serta produk Industri Makanan dan Asas Tani (IMAT).
Program ini turut menampilkan elemen FAMA seperti pameran GPL/Malaysiaโs Best, Kiosk Tani Lestari serta promosi KOPIESATU yang memberi nilai tambah kepada pengguna dan usahawan.
FAMA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada DYTM Raja Muda Perlis atas keberangkatan mencemar duli ke majlis ini. Ucapan terima kasih turut ditujukan kepada rakan media Suria FM, warga kerja FAMA Ibu Pejabat dan warga FAMA Negeri Perlis atas komitmen yang cemerlang serta para pengunjung yang hadir memeriahkan program.
Semoga penganjuran program seperti ini terus menjadi platform utama dalam memperkukuh keterjaminan makanan negara serta memberi manfaat kepada pengguna dan usahawan agromakanan tempatan. ๐ฒ๐พ
โ ๐๐ง๐ญ๐๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข & ๐๐ง๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข : ๐๐๐ฆ๐๐๐ฎ ๐๐๐ฃ๐๐ฒ๐๐๐งโ
Mohamad Sabu
Chan Foong Hin ้ๆณ็ผฃ
Abdul Rashid Bahri
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#JualanAgroMADANI
#JAMEdisiPerlis2026
#MalaysiaMADANI
#KPKMMalaysia
#CukupDanTerjamin
#JikaTergangguKamiAda
#FAMADihatiRakyat
#AgroMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja

