ððððððððð ðððððð ððððð ðððððððð ð
ððð ðð ððððð ððððððððððð ðððððððð (ððððĒð)
ðïļ 24 November 2026 (Selasa)
ð Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur
Kunjungan hormat yang diketuai oleh Ketua Pengarah FAMA, YBrs. Encik Faisal Iswardi bin Ismail ini telah disambut oleh Pengarah MaTiC, Encik Mohd Yasin bin Alwi, A.I.S.
Kunjungan ini menjadi platform untuk bertukar pandangan serta mempererat hubungan antara FAMA dan MaTiC, khususnya dalam melihat potensi yang boleh diterokai melalui peranan kedua-dua organisasi dalam mempromosikan produk dan tarikan tempatan, memperluas akses maklumat serta menyokong usaha memperkenalkan keunikan Malaysia kepada masyarakat dan pelancong.
Turut hadir, Puan Wan Nora binti Wan Ahmad, Pengarah Kanan Bahagian Pasaran Produk Proses; YBrs. Puan Asmizal binti Jaafar, Pengarah Kanan Galakan Pasaran dan Kepenggunaan; Encik Nukman bin Hashim, Pengarah Bahagian Pemasaran Segar & Intervensi; serta Encik Mohd Anzara bin Azizan, Pengarah FAMA Negeri Perlis.
Pertemuan ini turut membuka ruang kepada perkongsian idea dan penerokaan potensi yang dapat menghubungkan promosi produk agromakanan tempatan, hasil serta produk usahawan dengan platform pelancongan, sekali gus menyokong usaha memperkukuh keterlihatan produk tempatan dan memperkaya pengalaman pelancong menerusi kepelbagaian produk serta keunikan Malaysia.
Semoga hubungan yang terjalin ini dapat terus memperkukuh jaringan strategik dan membuka ruang kepada inisiatif yang memberi manfaat kepada kedua-dua organisasi serta menyokong pembangunan sektor agromakanan dan pelancongan negara.
Mohamad Sabu
Chan Foong Hin éæģįžĢ
Abang Ahmad Kerdee
Faisal Iswardi
PMO Malaysia
Malaysia Tourism Centre (MaTiC)
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#MalaysiaMADANI
#KPKMMalaysia
#FAMADiHatiRakyat
#FAMASantuni
#SekuritiMakananNegara
#CukupDanTerjamin
#AgroMADANI
#JikaTergangguKamiAda
#MaTiC

