FAMA TV
Berita

PROGRAM MY RAKYAT KELATE KITO @ FAMA POINT

Program My Rakyat merupakan program yang dilaksanakan oleh FAMA
dengan sokongan penuh Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan
(MAFI) bagi membantu rakyat di kawasan bandar dan luar bandar
menangani kesan kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat.
My Rakyat berkonsepkan pasar pilihan rakyat yang menawarkan
pelbagai produk pertanian dan bukan pertanian bagi keperluan setempat
dengan harga yang istimewa dan berpatutan.
Di samping itu, pelbagai program pemasaran FAMA yang memberi
manfaat secara terus kepada pengguna turut ditawarkan di dalam My
Rakyat seperti Jualan Terus Dari Ladang, Jualan Terus Dari Kilang dan
lain-lain lagi.
Matlamat My Rakyat :- 1. Pemasaran Hasil Pertanian
My Rakyat akan menjadi antara pusat pemasaran hasil pertanian
keluaran setempat secara terus kepada pengguna.
2. Tawaran Harga Berpatutan Barangan yang dijual ditawarkan pada harga yang berpatutan
serta mempunyai pelbagai pilihan kepada pengguna melalui
program promosi menarik sepanjang program berlansung.
3. Luang Pasaran
My Rakyat juga mampu untuk mewujudkan luang pasaran kepada
usahawan baru dan sedia ada, terutamanya dari kumpulan
agropreneur muda dan B40 dalam usaha FAMA untuk
meningkatkan pendapatan usahawan setempat. Selain itu, My
Rakyat juga dapat memberikan pengalaman kepada usahawan
untuk menceburi program pemasaran selain sebagai platform
tambahan kepada usahawan sedia ada untuk mengembangkan
lagi luang pasaran mereka.

Popular

PROGRAM 2 TAHUN MADANI @ CONFERENCE HALL KLCC

FamaTV Systems

MESYUARAT KERJASAMA UNIVERSITI UTARA MALAYSIA DAN DAN FAMA

FamaTV Systems

Jualan Agro Madani Edisi Terengganu 1

FamaTV Systems

Leave a Comment