FAMA TV
Berita

Jelajah Ramadan Melaka dan Jualan Khas Syawal MADANI

JUALAN KHAS SYAWAL MADANI MENJAMIN KETERSEDIAAN BEKALAN AGROMAKANAN BAGI SAMBUTAN AIDILFITRI 18 APRIL 2023 (Selasa) Masjid Al-Najihin Padang Sebang, Gadek, Alor Gajah, Melaka Bagi menyambut kedatangan bulan Syawal yang akan tiba dalam beberapa hari lagi, FAMA telah menganjurkan program jualan khas Syawal Madani@Melaka Agro Market di Masjid Al-Najihin Padang Sebang, Gadek, Alor Gajah bagi membolehkan para pelanggan mendapatkan barangan keperluan di samping menikmati harga jualan yang berpatutan. Pelbagai aktiviti telah berlangsung dalam pengisian program Jelajah Ramadan FAMA iaitu penyampaian sumbangan berupa Kit Makanan kepada 160 orang penerima yang terdiri daripada golongan asnaf dan kakitangan FAMA. Selain itu, sumbangan duit raya juga turut disampaikan kepada 40 orang anak yatim dan 20 orang ibu tunggal. Penyampaian telah disampaikan oleh YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Beliau juga mengagihkan bubur lambuk dan air sirap selasih kepada penduduk setempat serta menyampaikan 100 pek telur ayam omega kepada Jemaah masjid. Turut hadir, YB Tuan Haji Adly bin Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan, Encik Abdul Rashid bin Bahri, Pemangku Ketua Pengarah, Puan Rosilawati bt Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan), dan Encik Hairudin bin Yunos, Pengarah FAMA Negeri Melaka.

Popular

𝐀𝐆𝐑𝐎𝐅𝐈𝐄𝐒𝐓𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟒

FamaTV Systems

MAJLIS PERASMIAN FORUM NASIONAL HARI HARTA INTELEK NEGARA 2024 ‘HARTA INTELEK NADI MALAYSIA MADANI’

FamaTV Systems

Majlis Semarak Kasih Aidilfitri FAMA bersama Usahawan

FamaTV Systems

Leave a Comment