FAMA TV
Berita

Program Selangor International Expo (SIE) 2023

19 Oktober 2023 | Khamis | Program Selangor International Expo (SIE) 2023 di KLCC | Dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Bin Shari, Menteri Besar Selangor | Hall 6, Level 1 , Kuala Lumpur Convention Centre

Selangor International Expo (SIE) mula dianjurkan pada tahun 2014 untuk memberi peluang dan pendedahan kepada golongan usahawan dalam industri makanan dan minuman dari dalam dan luar negara untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Program ini dianjur bersama oleh Invest Selangor Berhad dan Menteri Besar Selangor Incorporated serta mendapat sokongan daripada Kerajaan Negeri Selangor dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).
Objektif SIE 2023 adalah seperti berikut:
a) Selain pameran fizikal, antara elemen penting yang akan diketengahkan adalah sesi pemadanan perniagaan antara ahli – ahli perniagaan dan program seminar bagi meningkatkan rangkaian perniagaan dan berkongsi maklumat serta pengalaman dengan usahawan di peringkat Antarabangsa
b) Program ini dapat memberi peluang kepada pemain industri untuk mempamerkan produk mereka, melancarkan produk halal baharu dan meningkatkan keterlihatan jenama halal kepada industri.
c) Memperluaskan lagi pasaran produk-produk keluaran Industri Asas Tani dan produk segar tempatan ke pasaran dalam dan luar negara.
d) Menjadikan program ini sebagai medan pemadanan perniagaan antara para Usahawan dan agen pemasar.
e) Mempromosikan peranan dan tanggungjawab FAMA sebagai agensi peneraju Pemasaran Pertanian di Malaysia.

Popular

𝐅𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀𝐈 𝐅𝐎𝐎𝐃 𝐀𝐍𝐃 𝐃𝐑𝐈𝐍𝐊𝐒 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐅𝐃𝐌) 𝐁𝐘 𝐒𝐈𝐀𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔

FamaTV Systems

Walkabout JAM Mega Perak

FamaTV Systems

Sesi Libat Urus Pelaksanaan Simulasi Jejak GPL

FamaTV Systems

Leave a Comment