ððððððð ððððð ððððð ððððððð ððððððððð ððð ðððððððððððð ððððððð ðð ðððððð ððððð ððð. ððð.
ð
2 Oktober 2026 (Jumaat)
â° 9.30 pagi â 11.30 pagi
ð Bidara Mills Sdn. Bhd., Pelabuhan Klang, Selangor
YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah mengadakan Lawatan Kerja Rasmi ke premis Bidara Mills Sdn. Bhd. bagi meninjau operasi serta aktiviti pengeluaran syarikat.
Ketibaan YB Menteri turut disambut oleh YBrs. Tuan Haji Abang Ahmad Kerdee bin Abang Masagus, Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
Turut hadir YBrs. Encik Faisal Iswardi bin Ismail, Ketua Pengarah FAMA, bersama pengurusan kanan FAMA serta pihak pengurusan Bidara Mills Sdn. Bhd.
Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat ringkas dan ucapan alu-aluan oleh pihak pengurusan Bidara Mills Sdn. Bhd., diikuti simbolik tandatangan plak dan penyampaian cenderahati.
YB Menteri kemudiannya dibawa meninjau fasiliti kilang serta menyaksikan demonstrasi pembungkusan minyak masak dan tepung, termasuk penyediaan roti canai, sebelum sesi bergambar bersama tetamu dan pihak pengurusan.
Lawatan ini turut menjadi platform untuk memperkukuh hubungan dan kerjasama antara FAMA dan pemain industri, khususnya dalam pembangunan rantaian nilai produk makanan, pengukuhan jaringan pemasaran serta usaha menyokong agenda keterjaminan makanan negara.
FAMA komited untuk terus memperkukuh kerjasama strategik bersama pihak industri dalam memastikan ekosistem agromakanan negara terus berkembang, berdaya saing dan mempunyai akses pasaran yang lebih luas.
Mohamad Sabu
Chan Foong Hin éæģįžĢ
Abang Ahmad Kerdee
Faisal Iswardi
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#MalaysiaMADANI
#KPKMMalaysia
#FAMADiHatiRakyat
#FAMASantuni
#SekuritiMakananNegara
#CukupDanTerjamin
#AgroMADANI
#JikaTergangguKamiAda

