FAMA TV
Berita

PROGRAM LAWATAN KERJA YB MENTERI KEWANGAN KE PUSAT OPERASI FAMA DENGKIL

LAWATAN KERJA YB MENTERI KEWANGAN KE PUSAT OPERASI FAMA, DENGKIL

27 Februari 2021 (Sabtu)
4.00 petang

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan pada hari ini telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Operasi (PO) FAMA Dengkil bagi memantau status pelaksanaan projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 1.0 (PRE) & Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat 2020 (Prihatin) sebanyak RM40 juta bagi menaiktaraf kemudahan fasiliti bilik sejuk dan operasi FAMA dengan lebih dekat serta diberi penerangan mengenai peranan lokasi lawatan dalam memastikan kelangsungan jaminan makanan (food security) negara tersedia dan boleh diperolehi pada harga yang berpatutan oleh pengguna. Taklimat disampaikan sendiri oleh YBhg Datuk Zainal Abidin bin Yang Razalli, Ketua Pengarah FAMA.

Turut mengiringi beliau adalah YB Dato’ Haji Che Abdullah Bin Mat Nawi, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II dan YB Dato’ Hj. Mohd Fasiah Bin Hj. Mohd Fakeh, Pengerusi FAMA. YB Senator dibawa meninjau beberapa depoh simpanan di PO FAMA Dengkil ini seperti Depoh Segar, Depoh Barangan Kawalan, Depoh Barangan Industri Asas Tani dan Depoh Barangan Kawalan.

Beliau juga sempat menanam anak pokok durian musang king di PO FAMA Dengkil sebagai tanda lawatan kerja pada hari ini.

Turut hadir YH. Dato’ Abdul Ghariff Bin Ramin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), YBrs. Tuan Haji Mohamad Mustahapa Bin Awang, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FAMA, YBrs. En Faidz Afizi Bin Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif FAMA Corporation Sdn Bhd, YBrs. En Abdul Rashid Bahari, Pengarah FAMA Selangor dan YBrs. En Mohd Zahrain bin Mohd Nor, Timbalan Pengarah Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA).

Maklumat Pusat Operasi FAMA
1) Terdapat 40 Pusat Operasi FAMA di seluruh Malaysia.
2) Kapasiti Depoh Penyimpanan bagi 40 Pusat Operasi adalah 790 Metrik Tan (MT).
3) Terdapat 157 buah bilik sejuk dengan kapasiti penyimpanan 1,100 MT.

Aktiviti Pusat Operasi FAMA Dengkil

1) Pusat Pengumpulan & Edaran produk Segar (Block Chain)
2) Pusat Belian & Pemasaran Produk Proses untuk pasaran Domestik & Eksport Luar Negara
3) Pusat Pengumpulan Barang Kawalan (Minyak Masak, Gula & Tepung) bagi edaran ke seluruh Negara
4) Pusat Pengumpulan & Logistik produk usahawan IAT ke Malaysia Fest Singapura & Halal International Singapura
5) Pusat Jualan MyBestBuy (MBB), Selangor Agro Market (SAM).
6) Command Center Kit Makanan Seluruh Malaysia

Popular

Program Semarak Ramadan Pasar Tani Tasik Permaisuri

FamaTV Systems

326 WARGA FAMA MENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) & JASAMU DIKENANG FAMA TAHUN 2024

FamaTV Systems

Jualan Agro MADANI @ Selangor Days

FamaTV Systems

Leave a Comment