FAMA TV
Uncategorized

Majlis Penyerahan Watikah Panel Program Sahabat Ilmuwan FAMA

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐓𝐈𝐊𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐍𝐄𝐋 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐀𝐇𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐈𝐋𝐌𝐔𝐖𝐀𝐍 𝐅𝐀𝐌𝐀

📅 20 Ogos 2026 (Khamis)
📍 Dewan Bunga Raya, Bangunan FAMA Point

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah mengadakan Majlis Penyerahan Watikah Panel Program Sahabat Ilmuwan FAMA sebagai satu inisiatif strategik dalam memperkukuh budaya perkongsian ilmu, kepakaran dan pengalaman bersama warga FAMA serta masyarakat.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Abang Ahmad Kerdee bin Abang Masagus, Pengerusi FAMA, yang turut menyampaikan watikah pelantikan kepada panel-panel Program Sahabat Ilmuwan FAMA.

Turut hadir sama YBrs. Encik Shahrizan bin Sudiman, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) FAMA; YBrs. Puan Suraya binti Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Industri Agromakanan) FAMA; serta YBrs. Encik Sarman bin Sidno, Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan & Operasi) FAMA.

Program Sahabat Ilmuwan FAMA merupakan platform yang menghimpunkan tokoh, profesional dan individu berpengalaman daripada pelbagai bidang untuk berkongsi ilmu, kepakaran dan pengalaman yang dapat dimanfaatkan oleh warga FAMA serta masyarakat.

Melalui inisiatif ini, FAMA berhasrat memperkasa pembangunan modal insan, meningkatkan pengetahuan dan kompetensi warga kerja serta memperkukuh jaringan strategik bersama golongan ilmuwan dan profesional.

💡 Bersama Membudayakan Ilmu, Memperkasa Potensi dan Membina Masa Hadapan.

Mohamad Sabu
Abang Ahmad Kerdee
Faisal Iswardi
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

#MalaysiaMADANI
#KPKMMalaysia
#CukupDanTerjamin
#JikaTergangguKamiAda
#FAMADihatiRakyat
#FAMASantuni
#AgroMADANI
#RancakkanMADANI
#SahabatIlmuwanFAMA

Popular

Program Media Tour Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026

FamaTV Systems

Masak-masak Bersama ABO – Teaser Episod 16

FamaTV Systems

Masak-masak Bersama ABO Episod 15

FamaTV Systems

Leave a Comment