FAMA TV
Berita

LAWATAN KERJA PENGERUSI FAMA KE MBB SABAK BERNAM

MyBest Buy atau (MBB) di Sabak Bernam merupakan pembuka tirai untuk pertama kalinya diadakan bagi tahun 2021. Program ini dianjurkan pada 21 Mac 2021(Ahad) bertempat di Tempat Letak Kereta Dewan Seri Nakhoda, Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam.

Pelbagai komoditi yang dijual oleh usahawan FAMA antaranya sayur-sayuran, barangan runcit, ikan, ayam, daging, makanan dan sebagainya.

Seramai 30 usahawan terlibat dalam program ini. Pelbagai aktiviti yang akan diadakan antaranya adalah promosi produk usahawan Industri Asas Tani, promosi Nanas Josa & lain-lain.

YB. Dato’ Haji Mohd Fasiah Bin Haji Mohd Fakeh, Pengerusi FAMA turut meluangkan masa berkunjung ke MBB Sabak Bernam bagi melihat sendiri operasi MBB & beramah mesra bersama pengunjung.

Pengunjung yang datang ke Program MBB hendaklah mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia dengan Imbas Kod QR, jaga penjarakan dan penggunaan pelitup muka dan cecair pembasmi kuman.

FAMA Negeri Selangor juga akan mengadakan program MyBest Buy pada Mac ini iaitu MBB@ Wadood Mart Puchong – 26 hingga 28 Mac 2021 dan MBB@ Kilang Kopi Banting – 27 Mac 2021. Jom kita dapatkan bekalan segar dan berpatutan.

Popular

𝐅𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀𝐈 𝐅𝐎𝐎𝐃 𝐀𝐍𝐃 𝐃𝐑𝐈𝐍𝐊𝐒 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐅𝐃𝐌) 𝐁𝐘 𝐒𝐈𝐀𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔

FamaTV Systems

Walkabout JAM Mega Perak

FamaTV Systems

Sesi Libat Urus Pelaksanaan Simulasi Jejak GPL

FamaTV Systems

Leave a Comment