FAMA TV
Berita

Lawatan Kerja YB Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan II ke FAMA Negeri Kelantan

LAWATAN KERJA TIMBALAN MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN II KE FAMA NEGERI KELANTAN
26.2.2022 | Sabtu | Kota Bharu | Lawatan Kerja Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan II ke FAMA Negeri Kelantan dan Projek Ladang Kontrak Kampung Haji Wan Omar, Pasir Puteh, Kelantan
YB Datuk Dr. Nik Zawawi Bin Haji Salleh, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II telah merasmikan Kursus Galakan Pelaburan dan Pemasaran Tanaman Durian di RTC FAMA Kelantan. Selain itu, turut diadakan juga Program MyRakyat serta lawatan ke Projek Ladang Kontrak Kampung Haji Wan Omar.
Penganjuran kursus ini merupakan salah satu pengisian di bawah Program Galakan Pelaburan & Pemasaran Tanaman Bernilai Tinggi yang bertujuan untuk meningkatkan bekalan di pasaran dan sekali gus dapat memberi pulangan pendapatan yang lebih baik kepada kumpulan sasar.
Di samping itu juga, beliau berkesempatan mengadakan sesi ramah mesra bersama peserta Program Ladang Kontrak Haji Wan Omar,Tok Bali,Pasir Puteh. Beliau telah menyerahkan mock cheque Pembinaan Pusat Pengumpulan Ladang (PPL) kepada Rakan Pemasar Kontrak Pemasaran (RPKP) dan kereta sorong kepada peserta Ladang Kontrak. Turut diadakan penyerahan bayaran belian tembikai kepada wakil peserta.
Turut hadir YB Tuan Haji Abdul Azziz Bin Kadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau Dan Alam Sekitar, YBhg. Dato’ Haji Mohamad Mustahapa Bin Awang, Timbalan Ketua Pengarah FAMA (Pembangunan), Puan Wan Nora Binti Wan Ahmad, Pengarah FAMA Negeri Kelantan dan Puan Habibah Binti Sulaiman, Pengarah Kanan Pembangunan Modal Insan.
πŸ” FAMA Kelantan

Popular

π€π†π‘πŽπ…πˆπ„π’π“π€ πŸπŸŽπŸπŸ’

FamaTV Systems

MAJLIS PERASMIAN FORUM NASIONAL HARI HARTA INTELEK NEGARA 2024 ‘HARTA INTELEK NADI MALAYSIA MADANI’

FamaTV Systems

Majlis Semarak Kasih Aidilfitri FAMA bersama Usahawan

FamaTV Systems

Leave a Comment