Telah berlangsungnya Majlis Bacaan Yasin, Tahlil & Doa Selamat sempena Sambutan Ulang Tahun Fama Ke-58 di Dewan DZA, Ibu Pejabat FAMA.
Tema Sambutan Ulang Tahun FAMA ke 58 adalah Integriti dan Inklusiviti Pemacu Kejayaan. Tema ini memberi maksud amalan bekerja yang jujur dan telus serta penglibatan dan kerjasama semua kakitangan tanpa mengira pangkat dan jawatan bagi setiap program mahupun aktiviti merupakan pemangkin kepada kejayaan yang luar biasa.
Pelbagai program telah dirangka bagi meraikan sambutan seperti Hari Keluarga FAMA, Sukan FAMA, Pertandingan Video TikTok #FAMA58 dan lain-lain.
Majlis juga boleh diikuti secara dalam talian oleh warga FAMA di seluruh negara menerusi google meet bagi mendengar ucapan sempena ulang tahun FAMA yang disampaikan oleh YBrs. Encik Abdul Rashid bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA.
Majlis turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Haji Aminuddin Bin Zulkipli, Pengerusi FAMA, YBrs. Pn Rosilawati binti Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) FAMA & YBrs. Encik Abd Rahman bin Mahmood, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FAMA.