FAMA TV
Berita

STKM Telupid HD

22 Oktober 2022 | MAFI pastikan sekuriti makanan negara terjamin | utusanborneo
TELUPID: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan memastikan sekuriti makanan negara sentiasa terjamin disamping meningkatkan ekonomi rakyat serta negara.
Menterinya, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, bagi memastikan ia dilaksanakan secara inklusif, Program Semarak Tani Keluarga Malaysia (STKM) dirangka bertujuan memperkasa komuniti agromakanan luar bandar.
Selain itu, katanya, dapat menyampaikan maklumat berkenaan pendekatan serta dasar-dasar terkini kerajaan secara terus kepada rakyat di peringkat lapangan.
β€œProgram ini dapat memberi semangat kepada petani luar bandar untuk meningkatkan pengeluaran bekalan makanan negara dan ekonomi mereka.
β€œUsaha MAFI ini juga adalah bagi mendapatkan pandangan dan maklum balas langsung daripada komuniti agromakanan terhadap impak pelaksanaan dasar-dasar dan pendekatan kerajaan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam majlis perasmian program STKM yang dilaksanakan di daerah ini, hari ini.
Katanya, sehingga September ini, MAFI melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) berjaya mencatatkan nilai jualan sebanyak RM1.564 bilion dan membangunkan 2,250 outlet melibatkan seramai 55,572 usahawan di seluruh negara.

Popular

π€π†π‘πŽπ…πˆπ„π’π“π€ πŸπŸŽπŸπŸ’

FamaTV Systems

MAJLIS PERASMIAN FORUM NASIONAL HARI HARTA INTELEK NEGARA 2024 ‘HARTA INTELEK NADI MALAYSIA MADANI’

FamaTV Systems

Majlis Semarak Kasih Aidilfitri FAMA bersama Usahawan

FamaTV Systems

Leave a Comment