FAMA TV
Berita

Flora Fest 2023@RTC KELANTAN

KOTA BHARU: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan nilai jualan RM1 juta dengan anggaran 50,000 pengunjung hadir ke Flora Fest 2023 Kelantan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di sini, yang berlangsung lima hari hingga esok.

Ketua Pengarah FAMA, Datuk Zainal Abidin Yang Razalli, berkata penganjuran Flora Fest yang juga rentetan Pesta Orkid Flora dan Herba sebanyak tujuh siri itu, membolehkan FAMA memperluaskan lagi pusat jualan florikultur yang kini memuatkan 87 lot jualan dengan pembabitan 70 usahawan.

“Pusat ini sudah dinaik taraf dengan kos RM634,848 dan akan dijenamakan sebagai Laman Flora RTC FAMA Kelantan.

“Seramai 190 usahawan tani diberi ruang memasarkan hasil pertanian mereka pada pesta kali ini dengan 200 lot disediakan di Laman Flora, Pasarina dan Medan Selera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sumber: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=581550607348569&id=100064809033995&mibextid=qC1gEa

Popular

Sesi Libat Urus Pelaksanaan Simulasi Jejak GPL

FamaTV Systems

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐑𝐎 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐌𝐄𝐆𝐀 @ 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐊𝐈𝐍𝐀𝐁𝐀𝐋𝐔

FamaTV Systems

Hari Harta Intelek Negara 2026

FamaTV Systems

Leave a Comment