FAMA TV
Berita

Jelajah Sentuhan Kasih Ramadan@Johor

PROGRAM JELAJAH SENTUHAN KASIH RAMADAN NEGERI JOHOR 2025
Kampung Sri Dalam, Muar, 14 Mac 2025 – Program Jelajah Sentuhan Kasih Ramadan Negeri Johor telah berlangsung dengan penuh keberkatan dan semangat kebersamaan. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Faizul bin Mohd Salleh, Ahli Lembaga Pengarah FAMA, yang turut menzahirkan penghargaan terhadap usaha murni dalam memperkukuh ukhuwah serta menyantuni golongan memerlukan sepanjang bulan Ramadan.
Sebagai sebahagian daripada pengisian program, Majlis Khatam Al-Quran FAMA Negeri Johor telah diadakan dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Ar Redzuan. Majlis ini bukan sahaja mengimarahkan Ramadan, tetapi juga menjadi simbolik kepada semangat perpaduan dan penghayatan nilai Islam dalam kalangan warga kerja FAMA serta masyarakat setempat.
Selain itu, program ini turut menyaksikan penyampaian Sumbangan Kasih kepada golongan asnaf dan anak yatim sebagai tanda keprihatinan serta usaha berterusan dalam membantu mereka yang memerlukan. Inisiatif ini mencerminkan tanggungjawab sosial FAMA dalam memastikan golongan kurang berkemampuan turut merasai kemeriahan Ramadan.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran YB Datuk Haji Mohd Fuad Bin Haji Tukirin, ADUN Bukit Naning, YB Tuan Haji Selamat Bin Takim, ADUN Sungai Balang, YBrs. Encik Shahrizan Bin Sudiman, Timbalan Ketua Pengarah Sekuriti Makanan & Operasi FAMA, YBrs. Encik Faidz Afizi Bin Mohamed, Pengarah FAMA Negeri Johor, YBrs. Encik Mohd Sharizan Bin Mansor, Pengarah Bahagian Institusi Pemasaran FAMA, Ahli Jawatankuasa Masjid Ar Redzuan dan Pegawai-pegawai FAMA.
Penganjuran program ini diharap dapat terus menjadi platform dalam memperkukuh hubungan antara institusi, masyarakat dan golongan yang memerlukan. Semoga semangat kebersamaan dan nilai kasih sayang yang dipupuk dalam program ini membawa keberkatan kepada semua yang terlibat

Popular

𝐅𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀𝐈 𝐅𝐎𝐎𝐃 𝐀𝐍𝐃 𝐃𝐑𝐈𝐍𝐊𝐒 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐅𝐃𝐌) 𝐁𝐘 𝐒𝐈𝐀𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔

FamaTV Systems

Walkabout JAM Mega Perak

FamaTV Systems

Sesi Libat Urus Pelaksanaan Simulasi Jejak GPL

FamaTV Systems

Leave a Comment