FAMA TV
Berita

Sesi Libat Urus YBTM KPKM Bersama Pemain Industri Durian

Satu sesi perjumpaan dan libat urus bersama pemain industri durian negara telah diadakan bagi membincangkan hala tuju pembangunan industri durian secara menyeluruh, meliputi aspek penanaman, pengilangan, pemasaran dan pengeksportan.
Perjumpaan yang dipengerusikan oleh YB Datuk Chan Foong Hin, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) ini turut memberi fokus kepada pengukuhan tadbir urus industri, termasuk penambahbaikan aspek penggredan, pembungkusan dan pelabelan (GPL) serta pematuhan piawaian yang ditetapkan bagi memastikan kualiti produk durian tempatan kekal konsisten dan berdaya saing.
Sesi ini menjadi platform penting untuk memperkukuh kerjasama strategik antara kerajaan dan pemain industri, di samping mendapatkan pandangan serta input secara langsung dalam merangka strategi pembangunan industri durian negara yang lebih mampan dan tersusun.
FAMA akan terus komited memainkan peranan sebagai pemudah cara industri dengan memperkasa tadbir urus pemasaran, menyokong pematuhan piawaian serta memperkukuh jaringan kerjasama demi menjamin kemampanan sektor agromakanan negara.

Popular

Majlis Perasmian Karnival Jualan Agro Madani Negeri Perlis

FamaTV Systems

MAJLIS SAMBUTAN ULANG TAHUN PASAR TANI KE-40 PERINGKAT KEBANGSAAN & PERASMIAN PASAR TANI PUTRAJAYA

FamaTV Systems

FAMAFest2025 @ NegeriSembilan

FamaTV Systems

Leave a Comment