FAMA TV
Berita

Sesi Libat Urus Pelaksanaan Simulasi Jejak GPL

9 Jun 2026
Bangi Golf Resort, Bangi, Selangor
FAMA melalui Bahagian Regulasi Pasaran telah menganjurkan Sesi Libat Urus Pelaksanaan Projek Simulasi Jejak GPL di bawah Peraturan-Peraturan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan Keluaran Pertanian) 2008.
Sesi ini bertujuan mendapatkan pandangan, cadangan serta maklum balas daripada pelbagai pihak berkepentingan termasuk wakil jabatan, agensi kerajaan dan pemain industri berhubung pelaksanaan Projek Simulasi Jejak GPL yang akan diaplikasikan melalui penggunaan QR Code.
Inisiatif Jejak GPL ini merupakan usaha FAMA dalam memperkukuh sistem kebolehkesanan (traceability) keluaran pertanian, di samping meningkatkan kecekapan pemantauan, kawalan mutu serta pematuhan terhadap peraturan pemasaran hasil pertanian di sepanjang rantaian bekalan.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Suraya binti Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Industri Agromakanan) FAMA. Turut berlangsung sesi taklimat, perbincangan serta perkongsian pandangan bersama peserta bagi memperhalusi pelaksanaan projek ke arah sistem pemasaran agromakanan yang lebih cekap, telus dan berdaya saing.
โ€œ ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข & ๐ˆ๐ง๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข : ๐๐ž๐ฆ๐š๐œ๐ฎ ๐Š๐ž๐ฃ๐š๐ฒ๐š๐š๐งโ€

Popular

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ๐€๐ ๐‰๐”๐€๐‹๐€๐ ๐€๐†๐‘๐Ž ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐Œ๐„๐†๐€ @ ๐Š๐Ž๐“๐€ ๐Š๐ˆ๐๐€๐๐€๐‹๐”

FamaTV Systems

Hari Harta Intelek Negara 2026

FamaTV Systems

๐๐„๐‹๐”๐๐‚๐”๐‘๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐๐Š๐Œ ๐ƒ๐”๐๐ˆ๐€ ๐€๐†๐‘๐Ž+๐‘ƒ๐‘Ÿ๐‘œ๐‘‘๐‘ข๐‘˜ ๐ฟ๐‘œ๐‘˜๐‘Ž๐‘™ ๐ต๐‘’๐‘Ÿ๐‘˜๐‘ข๐‘Ž๐‘™๐‘–๐‘ก๐‘–, ๐พ๐‘–๐‘›๐‘– ๐ฟ๐‘’๐‘๐‘–โ„Ž ๐‘€๐‘ข๐‘‘๐‘Žโ„Ž ๐ท๐‘–๐‘ก๐‘’๐‘š๐‘ขi

FamaTV Systems

Leave a Comment