𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐎𝐔𝐓𝐋𝐄𝐓 𝐊𝐎𝐏𝐈𝐄𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐓𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐍𝐀 𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇, 𝐊𝐀𝐍𝐆𝐀𝐑, 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒
📅 10 November 2026 (Selasa)
⏱️ 6.30 Petang
Majlis Perasmian Pembukaan Outlet KOPIESATU Taman Sena Indah, Kangar, Perlis telah disempurnakan oleh DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis.
Turut hadir ialah Encik Affendi Rajini Kanth, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar; YBrs. Tuan Haji Abang Ahmad Kerdee bin Abang Masagus, Pengerusi FAMA; Puan Wan Nora binti Wan Ahmad, Pengarah Kanan Bahagian Pasaran Produk Proses; serta Encik Mohd Anzara bin Azizan, Pengarah FAMA Negeri Perlis.
Majlis turut menyaksikan penyempurnaan simbolik perasmian menerusi acara pemotongan reben dan plak perasmian, diikuti sembah taklimat oleh Pengerusi FAMA kepada DYTM Tuanku Raja Muda Perlis berhubung perkembangan dan operasi KOPIESATU.
Pembukaan outlet ini merupakan sebahagian daripada usaha FAMA memperluas rangkaian perniagaan KOPIESATU serta menyediakan platform pemasaran produk tempatan yang lebih dekat dengan masyarakat.
Semoga pembukaan outlet KOPIESATU Taman Sena Indah terus menyumbang kepada perkembangan perniagaan dan membuka lebih banyak peluang pemasaran produk tempatan.

