Bahagian Kontrak Pemasaran berfungsi untuk membantu pengusaha projek pertanian (buah & sayur terpilih) berskala kecil dan sederhana untuk meningkatkan pengeluaran buah-buahan & sayur-sayuran dalam menjamin pemasaran hasil pertanian di samping dapat meningkatkan pendapatan mereka. Bahagian Kontrak Pemasaran akan membantu dan memberi khidmat nasihat kepada pengusaha projek pertanian untuk mengeluarkan hasil pertanian yang berkualiti dan menepati kehendak pasaran.
Tontoni video penerangan terkini daripada Bahagian Kontrak Pemasaran.