FAMA TV
Berita

Majlis Pemakaian Pangkat dan penyampaian Watikah Pegawai Kehormat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT DAN PENYAMPAIAN WATIKAH PEGAWAI KEHORMAT ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
Tarikh: 24 Mac 2021 (Rabu)
Masa: 2.15 petang
Tempat: Dewan Tun Perak, Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Sungai Merab, Kajang, Selangor
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) hari ini telah mengadakan Majlis Pemakaian Pangkat dan Penyampaian Watikah Pegawai Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia di Ibu Pejabat Pertahanan Awam Sungai Merab sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam (HUPTA) ke-69.
APM meraikan ulang tahun tersebut dengan mengadakan pemakaian pangkat dan watikah kepada pegawai yang dilantik.
Pemakaian pangkat dan watikah kepada pegawai yang dilantik ini sebagai satu simbolik kepada pegawai yang lain bagi memastikan pegawai terus komited dan bersemangat dalam menjamin keselamatan negara. Ianya selari dengan slogan APM yang sentiasa siapsiaga demi keselamatan dan kesejahteraan negara.
YBhg. Dato’ Zainal Abidin Bin Yang Razalli, Ketua Pengarah FAMA telah ditauliahkan sebagai Pegawai Kehormat APM yang disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Perdana Menteri Malaysia.
Sekalung tahniah diucapkan dari warga kerja Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)

Popular

FAMA FEST KUALA LUMPUR @MyTOWN DAY 2

FamaTV Systems

FAMA FEST KUALA LUMPUR 2024

FamaTV Systems

KEJOHANAN BOWLING PIALA TIMBALAN KETUA PENGARAH OPERASI FAMA

FamaTV Systems

Leave a Comment