FAMA TV
Berita

Jelajah Ramadan FAMA Negeri Sembilan

FAMA BANTU PEMADANAN PEMASAR DAN PENGELUAR
7 April 2023
Rembau, Negeri Sembilan
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Sembilan mengambil langkah proaktif memadankan usahawan pemasar dan usahawan pengeluar sebagai jaminan pasaran kepada usahawan ladang kontrak FAMA Negeri Sembilan.
Majlis Menandatangani Perjanjian Jual Beli (Forward Agreement) antara Rakan Pemasar Kontrak Pemasaran (RPKP) dengan Peserta Ladang Kontrak melibatkan anggaran nilai belian sebanyak 6 MT dengan nilai RM21,000.
Perjanjian Jual Beli (FA) melalui program Ladang Kontrak ini merupakan satu program kerjasama di antara pemasar dengan pengeluar yang dipermudahkan oleh FAMA Negeri Sembilan.
Sebagai balasan kepada persetujuan kerjasama antara pihak pemasar dan pihak pengeluar yang didaftarkan sebagai peserta program, mereka layak menerima insentif /kemudahan pemasaran yang ditawarkan melalui program berkenaan.
Encik Abdul Rashid bin Bahri, Pemangku Ketua Pengarah FAMA sewaktu ditemui pada program tersebut berkata Kerajaan turut menyediakan bantuan fasiliti Pusat Pengumpulan Ladang (PPL) yang berbentuk khemah mudah alih/separa kekal kepada yang layak serta bantuan peralatan pemasaran kepada peserta dalam membantu petani setempat untuk memasarkan hasil tanaman.
Selain daripada perjanjian jual beli (FA) pada hari ini FAMA turut menyampaikan Mock Cheque kepada 2 Usahawan FAMA Daerah Rembau bagi Projek Pembangunan FAMA Negeri Sembilan Tahun 2023 iaitu Projek Agrobazaar Kedai Rakyat (AKR) dan Projek Pusat Pengumpulan Ldang (PPL) berjumlah RM41,000.
Rashid berkata FAMA Negeri Sembilan turut mengadakan Program Jelajah Semarak Ramadan Anjuran FAMA dan Bank Rakyat di Masjid Kampung Sawah Raja Rembau pada hari ini bagi memenuhi tanggungjawab sosial kepada masyarakat setempat serta mengeratkan hubungan silaturrahim.
Kerjasama strategik FAMA dan Bank Rakyat di Rembau telah menyerahkan sumbangan kit makanan kepada 11 orang penerima mewakili 116 orang asnaf yang melibatkan enambuah kariah di bawah DUN Kota, Rembau Negeri Sembilan.
Setiap penerima akan menerima kit makanan bernilai RM150 bagi memenuhi keperluan makanan dan keperluan asas. Sumbangan ini amat bertepatan dengan konsep Malaysia MADANI yang diterapkan oleh Kerajaan bagi mengetengahkan hasrat rakyat Malaysia yang prihatin dan sentiasa bersatu untuk saling bantu membantu antara satu sama lain.
Turut hadir Puan Raja Roslinda Binti Raja Ishak Pengurus Bank Rakyat Cawangan Tampin, Encik Abdul Rahman Bin Mahmood, Pengarah Kanan Pembangunan Kontrak Pemasaran, Encik Shahlan bin Kusaseh, Pengarah FAMA Negeri Sembilan dan Encik Noradzmy Bin Mohd Nordin, Pengerusi Masjid Kampung Sawah Raja.

Popular

PROGRAM JUALAN AGRO MADANI EDISI PRA SYAWAL IBU PEJABAT FAMA 2024

FamaTV Systems

JUALAN AGRO MADANI AGROBAZAAR KG KUALA SLIM BANTU WARGA KUALA SLIM BERJIMAT

FamaTV Systems

Program Semarak Ramadan Pasar Tani Tasik Permaisuri

FamaTV Systems

Leave a Comment