FAMA TV
Berita

PELANCARAN JUALAN AGRO MADANI

PELANCARAN JUALAN AGRO MADANI
16 April 2023 (Ahad)
9.00 pagi
Dataran Usahawan Balai Penghulu, Johan Setia, Kota Raja, Klang, Selangor
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dengan kerjasama jabatan dan agensi dibawahnya iaitu Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan usahawan-usahawan tani akan menganjurkan Jualan Agro Madani di 10 lokasi sekitar negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan dengan fokus untuk memberi pilihan kepada pengguna yang memerlukan di kawasan tersebut untuk mendapatkan bekalan makanan pada harga yang berpatutan.
Pada hari ini, YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah melancarkan Jualan Agro Madani dan program ini akan diteruskan di sembilan lokasi lain sehingga pertengahan tahun ini.
Istimewa pada hari ini adalah jualan barangan pertanian segar terpilih dengan harga penjimatan sehingga 30 peratus seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ayam, telur, ikan, gula, minyak dan lain-lain. Selain itu, terdapat juga promosi Kombo Madani-Jualan Berpakej pada harga istimewa serta penyertaan jualan dari pengilang dan pemproses produk agromakanan.
Terdahulu Mohamad menyampaikan sumbangan berupa Kit Makanan Semarak Madani kepada 30 orang golongan asnaf beserta beberapa sumbangan lain daripada KPKM dan juga usahawan FAMA. Beliau juga beramah mesra bersama pengunjung dan usahawan bimbingan agensi di bawah KPKM.
Turut hadir Datuk Lokman Hakim bin Ali, Ketua Setiausaha KPKM dan Encik Abdul Rashid bin Bahri, Pemangku Ketua Pengarah FAMA.
Jabatan Perdana Menteri
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Popular

Sesi Libat Urus Pelaksanaan Simulasi Jejak GPL

FamaTV Systems

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐑𝐎 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐌𝐄𝐆𝐀 @ 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐊𝐈𝐍𝐀𝐁𝐀𝐋𝐔

FamaTV Systems

Hari Harta Intelek Negara 2026

FamaTV Systems

Leave a Comment