FAMA TV
https://www.youtube.com/watch?v=-2eeHCmyfvM
Berita

Jelajah Ramadan Melaka dan Jualan Khas Syawal MADANI

JUALAN KHAS SYAWAL MADANI MENJAMIN KETERSEDIAAN BEKALAN AGROMAKANAN BAGI SAMBUTAN AIDILFITRI
18 APRIL 2023 (Selasa)
Masjid Al-Najihin Padang Sebang, Gadek, Alor Gajah, Melaka
Bagi menyambut kedatangan bulan Syawal yang akan tiba dalam beberapa hari lagi, FAMA telah menganjurkan program jualan khas Syawal Madani@Melaka Agro Market di Masjid Al-Najihin Padang Sebang, Gadek, Alor Gajah bagi membolehkan para pelanggan mendapatkan barangan keperluan di samping menikmati harga jualan yang berpatutan.
Pelbagai aktiviti telah berlangsung dalam pengisian program Jelajah Ramadan FAMA iaitu penyampaian sumbangan berupa Kit Makanan kepada 160 orang penerima yang terdiri daripada golongan asnaf dan kakitangan FAMA. Selain itu, sumbangan duit raya juga turut disampaikan kepada 40 orang anak yatim dan 20 orang ibu tunggal. Penyampaian telah disampaikan oleh YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Beliau juga mengagihkan bubur lambuk dan air sirap selasih kepada penduduk setempat serta menyampaikan 100 pek telur ayam omega kepada Jemaah masjid.
Turut hadir, YB Tuan Haji Adly bin Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan, Encik Abdul Rashid bin Bahri, Pemangku Ketua Pengarah, Puan Rosilawati bt Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan), dan Encik Hairudin bin Yunos, Pengarah FAMA Negeri Melaka.

Popular

PROGRAM JUALAN AGRO MADANI EDISI PRA SYAWAL IBU PEJABAT FAMA 2024

FamaTV Systems

JUALAN AGRO MADANI AGROBAZAAR KG KUALA SLIM BANTU WARGA KUALA SLIM BERJIMAT

FamaTV Systems

Program Semarak Ramadan Pasar Tani Tasik Permaisuri

FamaTV Systems

Leave a Comment