FAMA TV
Berita

PROGRAM FLAG OFF PENGEKSPORTAN PRODUK SYARIKAT DOLUVO SDN BHD KE PASARAN CHINA

16 Mei 2023 (Selasa)
2.00 Petang
Doluvo Sdn Bhd, Bandar Puncak Alam, Selangor
Majlis Flag Off Pengeksportan Produk Popsmalaya Ice Bars ke China ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA.
Ice Bars jenama Popsmalaya keluaran syarikat Doluvo Sdn Bhd merupakan antara produk agromakanan yang telah terpilih dan Memorandum Perjanjian (MoA) di antara syarikat bersama agen pemasar telah dimeterai semasa program Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourisms Show (MAHA 2022) yang lalu.
Lanjutan daripada perjanjian tersebut, hantaran sulung produk Popsmalaya Ice Bars ke pasaran Hong Kong dan China akan mula berlayar pada 18 Mei 2023 dan dijangka tiba ke pelabuhan Nansha New Port, Guangzhou, China pada 24 Mei 2023. Hantaran ini adalah sebanyak 3,100 karton Popsmalaya Ice Bars yang terdiri daripada 5 perisa iaitu Lychee Peace, Mango, Passion Fruit Pineapple, Strawberry dan Grape.
Penglibatan syarikat Doluvo Sdn Bhd di dalam projek AgroXport kelolaan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) ternyata membuka luang pasaran baharu bagi menembusi pasaran global khususnya Hong Kong dan China.
Turut hadir ke majlis tersebut adalah YBrs. Encik Abdul Rashid bin Bahri, Pemangku Ketua Pengarah FAMA, Puan Habibah binti Sulaiman, Pengarah Kanan Bahagian Galakan Pasaran, Puan Aiada binti Abdul Rashid, Pengarah FAMA Negeri Selangor dan Puan Wan Nora Binti Wan Ahmad, Pengarah Kanan Industri Makanan Dan Asas Tani.
Puan Yasmin binti Karim, Ketua Pegawai Eksekutif Doluvo Sdn Bhd turut sama dalam menyaksikan sesi flag off tersebut.

Popular

Sesi Libat Urus Pelaksanaan Simulasi Jejak GPL

FamaTV Systems

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐑𝐎 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐌𝐄𝐆𝐀 @ 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐊𝐈𝐍𝐀𝐁𝐀𝐋𝐔

FamaTV Systems

Hari Harta Intelek Negara 2026

FamaTV Systems

Leave a Comment