FAMA TV
Uncategorized

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐅𝐀𝐌𝐀 𝐁𝐈𝐋. 𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟑 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟑

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐅𝐀𝐌𝐀 𝐁𝐈𝐋. 𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟑 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟑
𝟏𝟓 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟑 (𝐒𝐄𝐋𝐀𝐒𝐀)
𝟗.𝟑𝟎 𝐏𝐀𝐆𝐈
𝐈𝐁𝐔 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐅𝐀𝐌𝐀
Majlis dimulakan dengan pelepasan Konvoi Kemerdekaan di perkarangan parkir Ibu Pejabat dengan simbolik meletakkan bendera Jalur Gemilang oleh YBrs. Encik Abdul Rashid bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA dan Timbalan-timbalan Ketua Pengarah FAMA pada kenderaan peserta konvoi yang terdiri daripada 40 orang kakitangan FAMA Ibu Pejabat dan FAMA Negeri Selangor. Konvoi Kemerdekaan ini akan menuju ke Tasik Taman YDP Slim River, Perak bagi menyemarakkan bulan kemerdekaan dengan aktiviti pemberian Jalur Gemilang kepada orang ramai.
Seterusnya, majlis perhimpunan berlangsung di Dewan DZA, Ibu Pejabat yang dihadiri secara fizikal dan secara langsung dalam talian melalui Google Meet oleh warga FAMA seluruh negara. YBrs. Encik Abdul Rashid bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA telah menyampaikan ucapan beliau dan pelbagai perkara telah disentuh bagi memperkasakan peranan FAMA dalam pemasaran agromakanan negara.
Turut berlangsung, Sesi Penyerahan Buku Projek Enterprise Architecture (EA) oleh Encik Hasan Ganny bin Hanif Francis, pegawai Syarikat ATD Solution Sdn Bhd kepada Ybrs. Encik Faisal Iswardi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) FAMA sambil disaksikan oleh YBrs. Encik Abdul Rashid bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA.
Kerjasama antara FAMA dan ATD Solution Sdn Bhd ini adalah bertujuan bagi merealisasikan aspirasi Kerajaan di dalam mencapai objektif Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2.0 ke arah pemodenan sektor agromakanan negara. Usaha ini bakal dijayakan melalui pemodenan dan pertanian pintar serta memperkukuh rantaian nilai agromakanan.
Jabatan Perdana Menteri
Mohamad Sabu
Chan Foong Hin 陈æģ“įžĢ
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#MalaysiaMADANI
#KPKMMalaysia
#SekuritiMakananNegara
#CukupDanTerjamin
#AgroMADANI
#FAMAdiHatiRakyat
#HariMerdeka2023
#JikaTergangguKamiAda

Popular

Kak Wai Kek Lapis Usahawan FAMA Johor

FamaTV Systems

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐆𝐑𝐀𝐃𝐔𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐒𝐈𝐉𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐅𝐄𝐒𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋𝐈𝐒𝐌𝐄 𝐄𝐊𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐈𝐅 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐔𝐃𝐈𝐓𝐎𝐑 𝐇𝐀𝐋𝐀𝐋 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓

FamaTV Systems

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐄𝐊𝐒𝐏𝐎𝐑𝐓 & 𝐊𝐄𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐆𝐋𝐎𝐁𝐀𝐋 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏: 𝐆𝐋𝐎𝐁𝐄𝐗 𝐔𝐍𝐈𝐓𝐄𝐃 𝐊𝐈𝐍𝐆𝐃𝐎𝐌

FamaTV Systems

Leave a Comment