FAMA TV
Berita

HARI KELUARGA FAMA 2023

PROGRAM HARI KELUARGA FAMA SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN FAMA KE – 58
28 Oktober 2023 (Sabtu)
Bukit Kiara Indoor Arena,
Kuala Lumpur
Hari Keluarga FAMA pada tahun ini membawa tema #kitakeluarga merupakan satu usaha dan kesungguhan oleh pihak pengurusan tertinggi FAMA dalam meraikan warga FAMA dan merapatkan jurang antara pengurusan tertinggi dan kakitangan FAMA di peringkat ibu pejabat dalam menghargai organisasi sejak penubuhannya sehingga kini selain penekanan konsep kekitaan dalam kalangan kakitangan di semua peringkat.
Pelbagai aktiviti telah disusun seperti senamrobik, sukaneka, cabutan bertuah dan lain-lain bagi memenuhi aktiviti riadah bersama keluarga yang sekaligus dapat mengurangkan tekanan terhadap tugasan harian serta melahirkan semangat kerjasama dalam kalangan warga FAMA.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA. Turut hadir YBrs. Encik Abdul Rashid bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA dan Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah FAMA.

Popular

𝐅𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀𝐈 𝐅𝐎𝐎𝐃 𝐀𝐍𝐃 𝐃𝐑𝐈𝐍𝐊𝐒 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐅𝐃𝐌) 𝐁𝐘 𝐒𝐈𝐀𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔

FamaTV Systems

Walkabout JAM Mega Perak

FamaTV Systems

Sesi Libat Urus Pelaksanaan Simulasi Jejak GPL

FamaTV Systems

Leave a Comment