FAMA TV
Berita

Program Penilaian Potensi 2024

PROGRAM PENILAIAN POTENSI BAGI TAHUN 2024
17 Januari 2024 | Rabu | Dewan DZA, Ibu Pejabat FAMA
Pagi ini, Program Penilaian Potensi 2024 yang berlangsung di Dewan DZA, Ibu Pejabat FAMA. Program kalini telah melibatkan seramai 26 orang pegawai dari kumpulan Pengurusan & Profesional di pelbagai skim/gred yang telah disahkan jawatannya.
Program ini diimplementasikan sebagai syarat wajib untuk kenaikan pangkat pegawai serta bertujuan menilai potensi dan kebolehan mereka agar dapat menyandang jawatan yang lebih tinggi di masa hadapan. Selain itu, program ini juga berkait rapat dengan soft skill yang perlu ada dalam perkembangan seorang pegawai.
Berharap agar program ini mampu mencungkil idea-idea baru daripada setiap peserta yang berkemungkinan dapat direalisasikan untuk program/projek FAMA selain dari memperlihatkan bakat pegawai dari segi kepimpinan, keterampilan, komunikasi dan sebagainya.
FAMA Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#KPKMMalaysia
#cukupdanterjamin
#MalaysiaMadani
#famadihatirakyat

Popular

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐑𝐎𝐁𝐀𝐙𝐀𝐀𝐑 𝐓𝐎𝐋 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀, 𝐒𝐋𝐈𝐌 𝐑

FamaTV Systems

Mjalis Perasmian Penutup FAMA Fest Perak

FamaTV Systems

KEJOHANAN TENPIN BOWLING PIALA TIMBALAN KETUA PENGARAH KHIDMAT PENGURUSAN 2025

FamaTV Systems

Leave a Comment