FAMA TV
Berita

326 WARGA FAMA MENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) & JASAMU DIKENANG FAMA TAHUN 2024

Dewan Kampo, International Youth Centre, Cheras, Kuala Lumpur
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Jasamu Dikenang Tahun 2024 di Dewan Kampo, International Youth Centre, Cheras, Kuala Lumpur.
Penyampaian anugerah telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Badrul Hisham Bin Mohd, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan.
Majlis ini diadakan bagi menghargai pegawai perkhidmatan awam yang telah memberikan perkhidmatan cemerlang yang bermutu tinggi berdasarkan prestasi tahunan pegawai dan majlis ini juga mampu menggalakkan lagi penjawat awam untuk terus memberikan komitmen dan daya usaha dalam mempertingkatkan mutu kerja dan produktiviti.
Pada tahun ini, jumlah keseluruhan penerima APC dan Jasamu Dikenang adalah seramai 326 penerima untuk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Anugerah Khidmat Setia, Anugerah Khas & juga para pegawai yang telah dan akan bersara pada tahun ini.
Turut hadir, YBrs. Tuan Haji Aminuddin Bin Zulkipli, Pengerusi FAMA & YBrs. Encik Abdul Rashid Bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA.
Syabas dan tahniah kepada semua penerima!
” 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐠𝐫𝐢𝐭𝐢 & 𝐈𝐧𝐤𝐥𝐮𝐬𝐢𝐭𝐢𝐯𝐢𝐭𝐢 : 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐜𝐮 𝐊𝐞𝐣𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧

Popular

Sesi Libat Urus Pelaksanaan Simulasi Jejak GPL

FamaTV Systems

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐑𝐎 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐌𝐄𝐆𝐀 @ 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐊𝐈𝐍𝐀𝐁𝐀𝐋𝐔

FamaTV Systems

Hari Harta Intelek Negara 2026

FamaTV Systems

Leave a Comment