FAMA TV
Berita

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM FAMA FEST 2024 @ NEGERI SEMBILAN

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM FAMA FEST 2024 @ NEGERI SEMBILAN

Kawasan Parkir AEON Nilai, Negeri Sembilan
Program Fruit, Flower & Food Fiesta atau FAMA Fest merupakan salah satu acara tahunan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Program ini dianjurkan bagi mempromosikan dan memperkenalkan produk-produk pertanian dan makanan tempatan kepada orang ramai. Program FAMA Fest 2024 @ Negeri Sembilan diadakan di AEON Nilai, Negeri Sembilan selama empat hari bermula 23 hingga 26 Mei 2024 dan telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin Bin Haji Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan.
Sebanyak lapan siri penganjuran FAMA Fest disasarkan pada tahun ini bermula di Perak dan diikuti Sarawak, Pahang, Kelantan, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah. FAMA menyasarkan nilai jualan RM7.3 juta dengan melibatkan seramai 580 orang usahawan bagi penganjuran FAMA Fest pada tahun ini dan berharap dapat menarik kedatangan seramai 500 ribu orang pengunjung.
Antara tarikan utama FAMA Fest 2024 @ Negeri Sembilan adalah penawaran pelbagai jualan seperti jualan 230 SKU (Stock Keeping Unit) produk IMAT, 10 mt (tan metrik) produk segar, 1,400 set Kombo MADANI dengan nilai penjimatan sehingga RM5.00 bagi setiap kombo, 6,000 kampit jualan Beras Putih Tempatan, Baucer Agrobazaar Online yang bernilai sehingga RM4,000 dan banyak lagi.
Turut hadir, YB Datuk Seri Haji Jalaluddin Bin Haji Alias, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup dan YBrs. Encik Abdul Rashid Bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA.

Popular

FAMA FEST KUALA LUMPUR @MyTOWN DAY 2

FamaTV Systems

FAMA FEST KUALA LUMPUR 2024

FamaTV Systems

KEJOHANAN BOWLING PIALA TIMBALAN KETUA PENGARAH OPERASI FAMA

FamaTV Systems

Leave a Comment