FAMA TV
Uncategorized

MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL JUALAN AGRO MADANI MEGA@TAWAU

MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL JUALAN AGRO MADANI MEGA@TAWAU
25 Mei 2024 (Sabtu)
8.15 Pagi
Parkir Lot Hadapan Majlis Perbandaran Tawau, Sabah
Jualan Agro MADANI merupakan penjenamaan semula kepada program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui tiga Agensi Pelaksana iaitu Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
Penganjuran Karnival Jualan Agro MADANI Mega Tawau 2024 di Perkarangan Bangunan Majlis Perbandaran Tawau yang berlangsung selama tiga hari mulai semalam telah melibatkan hampir 140 usahawan yang menawarkan produk agromakanan seperti jualan barangan pertanian segar terpilih pada harga yang berpatutan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ayam, telur, ikan, gula, minyak dan lain-lain.
Istimewa pada karnival ini, KPKM membawakan jualan harga istimewa bagi set Kombo MADANI iaitu dari harga asal RM25 kepada harga promosi RM20 dan beras pula dijual pada RM25 harga promosi dari harga asal RM28.50. Tidak ketinggalan juga jualan hampir 150 SKU (Stock Keeping Unit) pelbagai jenis produk agromakanan keluaran tempatan negeri Sabah yang dijual dengan harga yang sangat berpatutan.
YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan turut menyampaikan cek cura yang bernilai RM483,850 kepada usahawan yang terlibat meliputi beberapa projek seperti Naiktaraf Agrobazaar RNR, Naiktaraf Agrobazaar Kedai Rakyat & Agrobazaar Rakyat, Medan Gerai Buah-Buahan Segar Semporna, Naiktaraf K-Shoppe dan Naik Taraf Imej Produk. Beliau juga turut menyampaikan sijil kepada peserta kursus Agropreneur Muda dan MESTI serta beramah mesra dengan pengunjung dan usahawan yang hadir.
Antara pengisian menarik yang turut diadakan adalah aktiviti Road To MAHA bagi mewujudkan kesedaran dan pendedahan mengenai Ekspo Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia 2024 (MAHA 2024) yang merupakan kali ke-100 penganjuran pada tahun ini. MAHA 2024 bakal diadakan pada 11 hingga 22 September 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.
” 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐠𝐫𝐢𝐭𝐢 & 𝐈𝐧𝐤𝐥𝐮𝐬𝐢𝐭𝐢𝐯𝐢𝐭𝐢 : 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐜𝐮 𝐊𝐞𝐣𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧”
Anwar Ibrahim
Mohamad Sabu
Arthur Joseph Kurup
Abdul Rashid Bahri
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#MalaysiaMADANI
#KPKMMalaysia
#TeamKPKM
#CukupDanTerjamin
#FAMAdiHatiRakyat
#AgroMADANI
#JikaTergangguKamiAda

Popular

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐑𝐎 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 “𝐄𝐃𝐈𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆”

FamaTV Systems

Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Projek/Program Pembangunan FAMA Negeri

FamaTV Systems

𝐊𝐄𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐅𝐔𝐓𝐒𝐀𝐋 𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀 𝐅𝐀𝐌𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐈𝐁𝐔 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓

FamaTV Systems

Leave a Comment