MESYUARAT PENYELARASAN KERJASAMA ANTARA LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN (FAMA) DAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)
19 November 2024 | 11.00 pagi
Bilik Mesyuarat Teratai Tingkat 2 Bangunan FAMA Point
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBrs En Faisal Iswardi Bin Ismail Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) FAMA ini merupakan susulan kepada kunjungan hormat Bahagian Pembangunan Modal Insan FAMA ke Pusat Pengajian Sains Kuantitatif Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 26 September 2024 Kunjungan tersebut bertujuan membincangkan cadangan kerjasama dalam pembangunan Traceability System for Durian Premium.
Mesyuarat ini turut membincangkan peluang kerjasama yang lebih erat dalam pembangunan akademik dan latihan bagi meningkatkan kompetensi pegawai FAMA serta pelaksanaan program latihan yang sesuai untuk pembangunan usahawan di bawah FAMA.
Hadir sama dalam program ini Puan Siti Nurul Haida binti Ibrahim, Pengarah Kanan Pembangunan Modal Insan, Puan Habibah binti Sulaiman,Pengarah Kanan Galakan Pasaran, dan Puan Norsalawaty binti Abdul Kadir, Pengarah Kanan Pemasaran Segar.
Serta dari UUM, iaitu Prof Dr Chandrakantan a/l Subramaniam, Pengarah Pusat Jaringan Universiti-Industri, Prof Madya Dr Nerda Zura binti Zaibidi,Timbalan Dekan Penyelidikan & Inovasi, Pusat Pengajian Sains Kuantitatif, Prof Madya Dr Rosshairy binti Abdul Rahman, Pensyarah / Penyelidik, Pusat Pengajian Sastera & Sains, Dr Mohd Aamir Adeeb bin Abdul Rahim, Penyelaras Pusat Inovasi dan Pengkomersilan, dan Prof Madya Dr Zakirah binti Othman, Pensyarah/Penyelidik, Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi & Logistik.
โ ๐๐ง๐ญ๐๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข & ๐๐ง๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข : ๐๐๐ฆ๐๐๐ฎ ๐๐๐ฃ๐๐ฒ๐๐๐งโ
Mohamad Sabu
Arthur Joseph Kurup
Abdul Rashid Bahri
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#MalaysiaMADANI
#TaatSetia
#KPKMMalaysia
#TeamKPKM
#CukupDanTerjamin
#FAMAdiHatiRakyat
#AgroMADANI
#JikaTergangguKamiAda
#FAMA59Tahun