FAMA TV
Uncategorized

JUALAN TERUS DARI LADANG (JTDL) SEMPENA INTERVENSI FAMA DI IBU PEJABAT FAMA

JUALAN TERUS DARI LADANG (JTDL) SEMPENA INTERVENSI FAMA DI IBU PEJABAT FAMA

3 Mac 2023
Perkarangan Ibu Pejabat FAMA, Selayang, Selangor

Program JTDL di Ibu Pejabat FAMA pada kali ini membawakan keistimewaan seperti kombo Madani yang diperkenalkan bagi membolehkan para pelanggan dapat menikmati harga jualan sayur dengan harga yang munasabah termasuk sayur ,tomato, kubis, cili merah, sayuran berdaun dan umbisi. Selain itu, terdapat juga jualan harga promosi bagi produk ayam standard, telur omega, beras, minyak masak dan juga daging tempatan.

Pencapaian JTDL (Jan-Dis) 2022, nilai jualan keseluruhan telah mencatat RM16.37 juta dengan melibatkan seramai 7,626 orang usahawan di 1,032 lokasi seluruh negara.

FAMA berharap para pengguna untuk terus berkunjung ke JTDL bagi mendapatkan barangan keperluan dan FAMA juga akan memastikan ketersediaan bekalan agromakanan seperti telur ayam, ayam, ikan, sayur-sayuran, buah-buahan dan komoditi lain akan mudah diperolehi oleh pengguna melalui rangkaian outlet peruncitan FAMA seperti di Pasar Tani, Agrobazaar Rakyat dan lain-lain.

‘’JIKA TERGANGGU KAMI ADA’’

#KPKMMalaysia
#famadihatirakyat
#JTDL
#telur
#IntervensiFama
#CukupDanTerjamin
#MalaysiaMADANI

Popular

MAJLIS PERASMIAN AGROFIESTA 2024 @ AEON ALPHA ANGLE WANGSA MAJU

FamaTV Systems

JAM EDISI PERLIS & KEDAH @ IBU PEJABAT

FamaTV Systems

Sorotan FAMA SANA SINI Januari hingga April

FamaTV Systems

Leave a Comment