FAMA TV
Uncategorized

MONTAJ MAJLIS SEUNTAI KASIH, SEKALUNG BUDI

MAJLIS SEUNTAI KASIH, SEKALUNG BUDI BERSEMPENA PERSARAAN YBHG. DATO’ ZAINAL ABIDIN BIN YANG RAZALLI, KETUA PENGARAH FAMA

10 Mac 2023 (Jumaat)
9.00 pagi
Dewan DZA, Bangunan FAMA Point, Ibu Pejabat FAMA

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin, Tahlil dan Doa serta diikuti tazkirah membudayakan Al-Quran dan selawat yang dipimpin oleh Tuan Haji Abdul Raiza bin Abd Manaf, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Modal Insan.

Majlis diteruskan dengan ucapan persaraan oleh YBhg. Dato’ Zainal Abidin bin Yang Razalli, Ketua Pengarah FAMA yang bakal bersara (60 tahun) pada 13 Mac 2023 setelah mencurahkan bakti dan sumbangan kepada FAMA selama 34 tahun 11 bulan.

Dato’ Zainal Abidin bin Yang Razalli juga turut melancarkan Tabung Wakaf Surau Institut Latihan FAMA Port Dickson dan Jelajah Semarak Ramadan FAMA.

FAMA ingin mengucapkan ‘Selamat Bersara’ dan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Dato’ atas jasa dan khidmat bakti selama ini. Sumbangan dan usaha yang telah diberikan pastinya akan terus dijayakan dan persahabatan yang terjalin sepanjang perkhidmatan tidak akan terhenti disini malah akan terus berkekalan.

Selamat menikmati alam persaraan dan selamat maju jaya.

KESEIMBANGAN LUARAN DAN DALAMAN

#famadihatirakyat

Popular

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐑𝐎 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐄𝐃𝐈𝐒𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊А

FamaTV Systems

Sembang Petai Episode 1

FamaTV Systems

Program Tranformasi Minda (PTM) FAMA Tahun 2025

FamaTV Systems

Leave a Comment