FAMA TV
Berita

Berita Ringkas PELANCARAN JUALAN KHAS SYAWAL MADANI PERINGKAT KEBANGSAAN 2023

PELANCARAN JUALAN KHAS SYAWAL MADANI PERINGKAT KEBANGSAAN 2023
15 April 2023 (Sabtu)
9.00 pagi
Pasar Tani Kelana Jaya
Bagi memberi peluang kepada para pengguna mendapatkan barangan keperluan perayaan Aidilfitri, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan membuka jualan Syawal Madani di 113 outlet pemasaran FAMA seluruh negara yang terdiri daripada Pasar Tani, Pasar Tani Kekal, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) dan Medan Niaga Satok (MNS).
FAMA menyasarkan nilai jualan sebanyak RM 13 juta di sepanjang program jualan Syawal Madani pada tahun ini. 113 outlet pemasaran ini bertujuan bagi memberi peluang kepada usahawan untuk mengadakan jualan semasa musim sambutan Aidilfitri yang mendapat permintaan tinggi dari kalangan pengunjung.
Majlis dilancarkan oleh YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Turut hadir Datuk Lokman Hakim bin Ali, Ketua Setiausaha KPKM, Encik Abdul Rashid bin Bahri, Pemangku Ketua Pengarah FAMA dan Puan Aiada binti Abdul Rashid, Pengarah FAMA Negeri Selangor.
Terdahulu YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyampaikan sumbangan kepada 40 orang asnaf dan mengagihkan aneka kerepek kepada para pengunjung.

Popular

Sesi Libat Urus Pelaksanaan Simulasi Jejak GPL

FamaTV Systems

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐑𝐎 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐌𝐄𝐆𝐀 @ 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐊𝐈𝐍𝐀𝐁𝐀𝐋𝐔

FamaTV Systems

Hari Harta Intelek Negara 2026

FamaTV Systems

Leave a Comment