FAMA TV
Uncategorized

MAJLIS PELANCARAN JUALAN KHAS AIDILADHA MADANI PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023

MAJLIS PELANCARAN JUALAN KHAS AIDILADHA MADANI PERINGKAT KEBANGSAAN

25 Jun 2023 (Ahad)
8.30 pagi
Pasar Tani Stadium Shah Alam

Bagi memberi peluang kepada para pengguna mendapatkan barangan keperluan perayaan Aidiladha, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan membuka jualan khas Aidiladha Madani di 203 outlet pemasaran FAMA seluruh negara yang terdiri daripada Pasar Tani, Pasar Tani Kekal, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) dan Medan Niaga Satok (MNS).

Pelancaran telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA.

FAMA menyasarkan nilai jualan sebanyak RM 11 juta di sepanjang program jualan khas Aidiladha Madani ini berlangsung. Ianya bertujuan memberi peluang kepada usahawan untuk mengadakan jualan semasa musim sambutan Aidiladha yang mendapat permintaan tinggi dari kalangan pengunjung.

Selain barangan segar seperti daging, ayam dan sayur-sayuran, pengguna juga berpeluang untuk mendapatkan bekalan juadah Aidiladha seperti ketupat, rendang, lemang dan kuih-muih.

Jabatan Perdana Menteri
Mohamad Sabu
Chan Foong Hin 陈æģ“įžĢ
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

#MalaysiaMADANI
#KPKMMalaysia
#SekuritiMakananNegara
#CukupDanTerjamin
#AgroMADANI
#famadihatirakyat
#AidiladhaMADANI
#JikaTergangguKamiAda

Popular

Masak-masak Bersama ABO FAMA – Teaser episod 1

FamaTV Systems

Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1448H / 2026M

FamaTV Systems

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 𝐊𝐄 𝐌𝐀𝐏𝐂 𝐒𝐃𝐍. 𝐁𝐇𝐃. 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊

FamaTV Systems

Leave a Comment