FAMA TV
Uncategorized

MONTAJ PERASMIAN JOHOR FAMAFEST 2023

23 Jun 2023 (Jumaat)
4.30 petang
Aeon Bukit Indah, Johor Bahru

Program Johor FAMA Fest Tahun 2023 ini merupakan program yang dianjurkan oleh Pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia (MAFS) melalui Lembaga pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bagi mempromosikan produk-produk keluaran makanan dan hasil pertanian yang dikeluarkan oleh para usahawan Industri Makanan dan pengusaha pertanian.

YB Dato’ Zahari Bin Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor yang merasmikan program tersebut berkata, Johor FAMA Fest 2023 ini merupakan program yang dilaksanakan dengan tujuan mengetengahkan dan mempromosikan produk keluaran makanan usahawan tempatan kepada masyarakat tempatan di Johor Bahru dan penduduk negara jiran Singapura.

Seramai 40 usahawan pemasar yang terdiri daripada usahawan tempatan akan membuat jualan selama empat hari di AEON Bukit Indah, Johor Bahru bermula 22 hingga 25 Jun 2023 dan akan beroperasi seawal jam 10 pagi hingga 10 malam.

Jabatan Perdana Menteri
Mohamad Sabu
Chan Foong Hin ι™ˆζ³“ηΌ£
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

#MalaysiaMADANI
#KPKMMalaysia
#SekuritiMakananNegara
#CukupDanTerjamin
#AgroMADANI
#FAMAdiHatiRakyat
#JohorFAMAFest2023
#AidiladhaMADANI
#JikaTergangguKamiAda

Popular

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 π€π†π‘πŽ πŒπ€πƒπ€ππˆ β€œπ„πƒπˆπ’πˆ 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆”

FamaTV Systems

Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Projek/Program Pembangunan FAMA Negeri

FamaTV Systems

πŠπ„π‰πŽπ‡π€ππ€π 𝐅𝐔𝐓𝐒𝐀𝐋 πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€ π…π€πŒπ€ πŸπŸŽπŸπŸ“ ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πˆππ” 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓

FamaTV Systems

Leave a Comment