FAMA TV
Uncategorized

LAWATAN KERJA MENTERI KPKM BAGI PELAN INTERVENSI PENGEDARAN BERAS PUTIH TEMPATAN (BPT)

LAWATAN KERJA MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN BAGI PELAN INTERVENSI PENGEDARAN BERAS PUTIH TEMPATAN (BPT)
21 September 2023 (Khamis)
3:00 Petang
Agrobazaar Kedai Rakyat, Jalan Kebun, Shah Alam
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengambil langkah proaktif dalam mengedarkan Beras Putih Tempatan (BPT) menerusi outlet peruncitan di bawah agensinya iaitu Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) ke kawasan yang mengalami kekurangan bekalan BPT.
YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata,” Langkah intervensi ini bertujuan bagi memastikan bekalan BPT dapat memenuhi keperluan pengguna dan menjamin kestabilan bekalan di pasaran”.
KPKM menyeru kepada orang ramai agar tidak membuat belian panik kerana bekalan BPT adalah mencukupi dan pihak Kerajaan telah mengambil langkah menerusi Program Khas BPT bagi meningkatkan lebih 20 peratus kuota pengeluaran beras di pasaran seluruh negara.
Pada hari ini, YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah meninjau bekalan BPT di Agrobazaar Kedai Rakyat milik usahawan bimbingan FAMA di Shah Alam.
Jabatan Perdana Menteri
Mohamad Sabu
Chan Foong Hin 陈泓缣
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#MalaysiaMADANI
#KPKMMalaysia
#TeamKPKM
#CukupDanTerjamin
#famadihatirakyat
#FAMA58Tahun
#intervensibpt

Popular

𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐬𝐦𝐢𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐫𝐧𝐢𝐯𝐚𝐥 𝐉𝐮𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐀𝐠𝐫𝐨 𝐌𝐚𝐝𝐚𝐧𝐢 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔

FamaTV Systems

Seminar Kebangsaan Amalan Pertanian Baik (APB) Tahun 2026

FamaTV Systems

𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐑𝐎 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐃𝐈 𝐌𝐄𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐑𝐎𝐁𝐀𝐙𝐀𝐀𝐑 𝐓𝐎𝐋 𝐋𝐀𝐌𝐀

FamaTV Systems

Leave a Comment