FAMA TV
Uncategorized

Jualan Agro Madani Bukit Jalil Day 1

JUALAN AGRO MADANI SEMPENA PROGRAM SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI

Orang ramai dijemput untuk bersama-sama hadir memeriahkan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI pada 8 hingga 10 Disember 2023 bermula 9.00 pagi hingga 10.00 malam.

Dapatkan pelbagai barangan keperluan asas di Jualan Agro MADANI yang ditawarkan pada harga berpatutan!

Antara tarikan sepanjang tiga hari program ialah penyampaian perkhidmatan secara langsung kepada rakyat, sesi libat urus Kementerian-kementerian bersama rakyat, Jualan Agro MADANI, Jualan RAHMAH, Jualan MADANI Koperasi MyGrocer, Jualan Agro Truck FAMA dan lain-lain lagi.

Rakyat juga berpeluang untuk melihat pencapaian Kerajaan melalui pameran pencapaian semua Kementerian berserta perancangan jangka masa panjang Kerajaan.

Jom sama-sama kita hadir!

#KPKMMalaysia
#TeamKPKM
#CukupDanTerjamin
#famadihatirakyat
#intervensibpt
#IngatOrangBelakang
#BeliIkutKeperluan

Popular

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐀𝐈𝐑 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐅𝐀𝐌𝐀

FamaTV Systems

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐉𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐓𝐎𝐑𝐘 𝐅𝐎𝐎𝐃 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐘 (𝐉𝐓𝐅𝐈) 𝐊𝐄 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐅𝐀𝐌A

FamaTV Systems

Program Semarak Tani @ Jualan Agro Madani Di SJK(C) Keh Seng, Bukit Baru Melaka

FamaTV Systems

Leave a Comment