MAJLIS PELANCARAN SEMARAK SYAWAL AGRO MADANI PERINGKAT KEBANGSAAN 2024
6 April 2024
8.00 Pagi
Pasar Tani Taman Sri Andalas, Klang, Selangor
Bagi memberi peluang kepada para pengguna mendapatkan barangan keperluan perayaan Aidilfitri, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan membuka jualan Semarak Syawal Agro MADANI di outlet pemasaran seluruh negara mulai 3 April sehingga menjelang sambutan Aidilfitri.
Turut diadakan Jualan Agro MADANI di 113 lokasi daripada 753 lokasi outlet pemasaran tersebut bagi menawarkan nilai penjimatan yang lebih kepada para pengunjung.
Program jualan Semarak Syawal Agro MADANI bertujuan memberi peluang kepada usahawan untuk mengadakan jualan semasa musim sambutan Aidilfitri yang mendapat permintaan tinggi dari kalangan pengunjung.
Pelancaran majlis telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Haji Mohamad Bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Menarik pada majlis ini, Jualan “Happy Hour” Kombo Agro MADANI Cashless yang menawarkan dua kombo iaitu Kombo Segar dan Kombo Sayur Raya pada harga RM5.00 per kombo, penjimatan sebanyak 70% daripada harga sebenar RM15.00 per kombo.
Pada majlis sama, YB Datuk Seri Haji Mohamad Bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan juga menyampaikan sumbangan kepada seramai 30 orang anak yatim dan mengagihkan aneka kerepek kepada para pengunjung. Turut diadakan jualan produk usahawan Industri Makanan dan Asas Tani (IMAT), jualan produk Agromas dan promosi jualan di portal Agrobazaar Online.
Turut hadir YBrs. Tuan Haji Aminuddin Bin Zulkipli, Pengerusi FAMA & YBrs. Encik Abdul Rashid bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA.
” 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐠𝐫𝐢𝐭𝐢 & 𝐈𝐧𝐤𝐥𝐮𝐬𝐢𝐭𝐢𝐯𝐢𝐭𝐢 : 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐜𝐮 𝐊𝐞𝐣𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧”
Anwar Ibrahim
Mohamad Sabu
Arthur Joseph Kurup
Abdul Rashid Bahri
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#MalaysiaMADANI
#KPKMMalaysia
#TeamKPKM
#CukupDanTerjamin
#FAMAdiHatiRakyat
#AgroMADANI
#JikaTergangguKamiAda
#IntervensiBPT
#BerasPutihTempatan