๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ @ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
31 Mei 2024 (Jumaat)
4.00 Petang
Karnival Agro MADANI @ PTK Seberang Jaya akan berlangsung selama empat hari iaitu bermula 30 Mei sehingga 2 Jun 2024. Telah berlangsung majlis perasmian yang telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Aminuddin Bin Zulkipli, Pengerusi FAMA.
Antara yang menarik di karnival ini adalah tawaran jualan 1,001 produk agromakanan, 30 menu makanan popular dan tular negeri, 224 jenis florikultur dan 101 varieti buah-buahan, sayur-sayuran dan barangan keperluan asas agromakanan.
Selain itu, pengunjung juga dapat menikmati jualan lelongan barangan segar seperti 1,000 ekor lelongan ikan siakap dan 500 kilogram (kg) lelongan ikan kembung. Juga terdapat 850 ekor lelongan ayam segar dan 800 kg lelongan daging lembu tempatan.
Dalam karnival sama, pengguna digalakkan untuk berbelanja secara tanpa tunai (cashless) kerana setiap pembelian RM20 dan ke atas secara tanpa tunai akan melayakkan pengguna ke cabutan bertuah serta berpeluang memenangi hadiah terkumpul bernilai RM20 ribu.
YBrs. Tuan Haji Aminuddin Bin Zulkipli, Pengerusi FAMA turut menyampaikan geran dan bantuan FAMA yang bernilai RM275 ribu kepada 21 orang usahawan yang meliputi Geran Agropreneur Muda, Geran Change Upgrade Product (CUP), Program Pemasar Kontrak Pemasaran (RPKP), Program Pusat Pengumpulan Ladang (PPL) dan Pertandingan NBME Explore Race.
โ ๐๐ง๐ญ๐๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข & ๐๐ง๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข : ๐๐๐ฆ๐๐๐ฎ ๐๐๐ฃ๐๐ฒ๐๐๐งโ
Mohamad Sabu
Arthur Joseph Kurup
Abdul Rashid Bahri
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#PtkSeberangJaya
#MalaysiaMADANI
#KPKMMalaysia
#TeamKPKM
#CukupDanTerjamin
#FAMAdiHatiRakyat
#AgroMADANI
#JikaTergangguKamiAda