FAMA TV
Uncategorized

JUALAN AGRO MADANI DUN SUNGAI BAKAP, PULAU PINANG

JUALAN AGRO MADANI DUN SUNGAI BAKAP & MEMORANDUM PERSEFAHAMAN​ANTARA LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN (FAMA) DENGAN NAFAS FOOD PROCESSING AND MARKETING SDN BHD
4 Julai 2024 (Khamis)
5.00 Petang
Dataran Sungai Kechil, Sungai Bakap,
Pulau Pinang
YBrs. Tuan Haji Aminuddin Bin Zulkipli,​Pengerusi FAMA pada hari ini menyaksikan Memorandum Persefahaman (MoU) antara FAMA dengan NAFAS Food Processing and Marketing Sdn Bhd (NFPMSB). Tujuan MoU ini adalah sebagai satu langkah proaktif FAMA setelah pindaan terhadap Akta FAMA 1965 diluluskan pada 2022 yang memberi skop lebih luas dalam peranan FAMA memasarkan produk pertanian dan ternakan, selain membantu penternak dan usahawan tani memasarkan produk mereka dengan cara yang lebih berkesan.
Antara lain bagi membolehkan FAMA mengurus pemasaran produk ternakan untuk memastikan ketersediaan bekalan ayam proses halal kepada FAMA bagi memenuhi keperluan FAMA dalam program-program jualan langsung serta outlet-outlet peruncitan FAMA.
Pada hari ini turut berlangsung Jualan Agro MADANI yang merupakan penjenamaan semula kepada program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui tiga agensi pelaksana iaitu Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
Turut hadir, YBhg. Dato’ Wira Haji Mahfuz Bin Omar, Pengerusi LPP dan YBhg. Dato’ Haji Zamri bin Yaacob, Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS.
” 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐠𝐫𝐢𝐭𝐢 & 𝐈𝐧𝐤𝐥𝐮𝐬𝐢𝐭𝐢𝐯𝐢𝐭𝐢 : 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐜𝐮 𝐊𝐞𝐣𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧”
Mohamad Sabu
Arthur Joseph Kurup
Abdul Rashid Bahri
PMO Malaysia
Pertubuhan Peladang Kebangsaan – NAFAS
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#MalaysiaMADANI
#KPKMMalaysia
#TeamKPKM
#CukupDanTerjamin
#100TahunMAHA2024
#MAHA2024
#FAMAdiHatiRakyat
#AgroMADANI
#JikaTergangguKamiAda

Popular

Seminar Kebangsaan Amalan Pertanian Baik (APB) Tahun 2026

FamaTV Systems

𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐑𝐎 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐃𝐈 𝐌𝐄𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐑𝐎𝐁𝐀𝐙𝐀𝐀𝐑 𝐓𝐎𝐋 𝐋𝐀𝐌𝐀

FamaTV Systems

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐑𝐀𝐊 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 𝐏𝐀𝐒𝐀𝐑 𝐓𝐀𝐍𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍

FamaTV Systems

Leave a Comment