FAMA TV
Uncategorized

Lawatan Kunjung Hormat Pengerusi FAMA Ke Kedutaan Besar Afghanistan

Lawatan Kunjungan Hormat Pengerusi FAMA Ke Kedutaan Besar Afghanistan Di Kuala Lumpur, Malaysia

Kunjungan hormat lembaga pemasaran pertanian persekutuan (FAMA) yang diketuai oleh YBrs. Tn. Haji Aminuddin Bin Zulkipli, Pengerusi FAMA telah disambut oleh Mr. Naqibullah Ahmadi, kaunselor daripada negara Afghanistan di Malaysia.

Pertemuan ini bagi membincangkan peluang kerjasama dalam sektor pemasaran hasil pertanian bagi kedua-dua negara tersebut. Dalam sesi perbincangan, kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai potensi pemasaran hasil pertanian, termasuk buah-buahan segar dan kering serta produk makanan yang berpotensi dipasarkan di kedua-dua negara.

Lawatan ini diakhiri dengan sesi pertukaran cenderahati dan sesi bergambar sebagai simbolik hubungan erat antara kedua-dua pihak. FAMA berharap jalinan kerjasama ini akan membawa manfaat kepada sektor pertanian kedua-dua negara dan membuka lebih banyak peluang ekonomi pada masa hadapan.

Turut hadir, Pn. Aiada Binti Abdul Rashid, Pengarah Kanan Pemasaran Segar & Intervensi dan En. NoorSham Bin Ramly, Pengarah Kanan Pasaran Antarabangsa.

Popular

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐍𝐓𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐑𝐎 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊A

FamaTV Systems

MakTon Sambal Garing & Serunding Herba Usahawan FAMA

FamaTV Systems

Siti Suhana Bauhulu Sendeng & Popcorn

FamaTV Systems

Leave a Comment