Program Hari Keluarga FAMA 2025
Pada 14 Jun 2025 (Sabtu), warga Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah bersatu dalam suasana penuh keceriaan dan kemesraan sempena Hari Keluarga FAMA 2025 yang berlangsung di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort (Indoor), Kuala Lumpur.
Program bermula seawal jam 7.30 pagi dengan ketibaan para tetamu jemputan, diikuti sesi pendaftaran dan sarapan pagi bersama. Sekitar jam 8.00 pagi, acara diserikan dengan kehadiran YBrs. Encik Abdul Rashid bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA, serta YBrs. Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA, yang turut bersama menyemarakkan semangat kekeluargaan FAMA.
Aktiviti diteruskan dengan sesi senamrobik yang mengujakan, sebelum semua peserta berkumpul mengikut rumah sukan masing-masing pada jam 9.15 pagi. Sorakan semangat, pengenalan rumah sukan, bacaan doa, serta ucapan oleh Pengerusi FAMA menjadi pembuka kepada kemuncak acara โ gimik perasmian Hari Keluarga FAMA 2025 yang penuh simbolik dan bermakna.
Keseronokan diteruskan dengan pelbagai aktiviti sukaneka yang mencabar namun menyeronokkan, mencetuskan gelak tawa, semangat berpasukan, dan ukhwah antara warga kerja FAMA. Pemenang bagi setiap acara diraikan dalam sesi penyampaian hadiah, menghargai semangat kesukanan dan penyertaan aktif semua pihak.
Program diakhiri dengan jamuan makan tengah hari pada jam 2.00 petang, sebelum para peserta bersurai dengan kenangan manis yang pasti terpahat di ingatan.
Turut hadir, YBrs. Puan Rosilawati Binti Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan), YBrs. Encik Faisal Iswardi Bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Industri Agromakanan) dan YBrs. Encik Shahrizan Bin Sudiman, Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan & Operasi).
๐ Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan Hari Keluarga FAMA 2025. Semoga kemesraan ini terus memupuk semangat kerja berpasukan dalam keluarga besar FAMA!
โ ๐๐ง๐ญ๐๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข & ๐๐ง๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข : ๐๐๐ฆ๐๐๐ฎ ๐๐๐ฃ๐๐ฒ๐๐๐งโ
Mohamad Sabu
Arthur Joseph Kurup
Abdul Rashid Bahri
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
PMO Malaysia
#MalaysiaMADANI
#TaatSetia
#KPKMMalaysia
#TeamKPKM
#CukupDanTerjamin
#FAMAdiHatiRakyat
#AgroMADANI
#JikaTergangguKamiAda
#OurFoodOurFuture