๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐๐)
๐
3 Oktober 2025 (Jumaat)
๐ Bilik Gerakan, Tingkat 4, Ibu Pejabat FAMA
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah menerima kunjungan rasmi daripada Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI) yang diketuai oleh YBhg. Datoโ Seri Gobalakrishnan, Presiden MAICCI.
Kunjungan hormat ini telah disambut oleh YBrs. Encik Shahrizan bin Sudiman, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) FAMA, bersama-sama barisan pengurusan FAMA.
Pertemuan ini memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk membincangkan beberapa perkara penting, antaranya Peluang kerjasama strategik antara FAMA dan MAICCI, Pelaksanaan program bersama dalam pembangunan keusahawanan agro, Penyertaan usahawan India dalam ekosistem pemasaran hasil tani FAMA dan Penubuhan Jawatankuasa Kerja Bersama FAMAโMAICCI sebagai platform kolaborasi berterusan.
FAMA amat menghargai inisiatif ini sebagai usaha memperkukuh jaringan kerjasama strategik, memperluaskan peluang pasaran serta memastikan usahawan India turut sama menikmati manfaat daripada ekosistem pemasaran pertanian negara.
Komitmen ini selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam memperkasa sektor agromakanan serta memastikan agenda keterjaminan makanan negara dapat dicapai dengan lebih inklusif dan menyeluruh.
โ ๐๐ง๐ญ๐๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข & ๐๐ง๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข : ๐๐๐ฆ๐๐๐ฎ ๐๐๐ฃ๐๐ฒ๐๐๐งโ
Mohamad Sabu
Arthur Joseph Kurup
Abdul Rashid Bahri
PMO Malaysia
Malaysian Associated Indian Chamber of Commmerce and Industry (MAICCI)
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#MalaysiaMADANI
#TaatSetia
#KPKMMalaysia
#TeamKPKM
#CukupDanTerjamin
#FAMAdiHatiRakyat
#AgroMADANI
#JikaTergangguKamiAda
#HarungiBersama
#OurFoodOurFuture