๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ @ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐-๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ & ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐
๐
9 Januari 2026 (Jumaat)
โฐ 4.00 petang
๐ Pasar Tani Putrajaya
Program Jualan Agro MADANI @ Pasar Tani Putrajaya anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di bawah seliaan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) merupakan inisiatif berfokus bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat serta menyediakan akses yang lebih mudah kepada pengguna untuk mendapatkan buah-buahan bermusim dan durian pada harga yang munasabah dan berpatutan.
Program ini merupakan kesinambungan kepada penjenamaan semula Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) yang telah dilancarkan oleh YB Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YBhg. Datuk Seri Mohamad bin Sabu pada 16 April 2023. Pelaksanaannya digerakkan oleh FAMA dengan kerjasama agensi di bawah KPKM iaitu Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
Sepanjang penganjuran program, YBrs. Encik Faisal Iswardi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan & Operasi) FAMA telah mengadakan lawatan dan tinjauan ke tapak jualan durian serta buah-buahan bermusim bagi menilai secara langsung pelaksanaan jualan terus daripada pengeluar kepada pengguna serta keberkesanan intervensi pemasaran yang dilaksanakan oleh FAMA.
Tarikan utama, program ini menawarkan sebanyak 10 metrik tan bekalan buah-buahan bermusim dan durian dengan harga istimewa, antaranya durian kampung serendah RM5 sekilogram, rambutan, manggis, dokong dan pulasan pada kadar 3 kilogram RM15, selain cempedak varieti CH dan cempedak durian pada harga mampu milik serta cempedak goreng sebagai produk nilai tambah.
Turut hadir sama YBrs. Puan Suzilawaty binti Shuib, Ketua Seksyen Dasar dan Penyelidikan, Kementerian Kewangan, YBrs. Puan Hajah Asmizal binti Hj Jaafar, Pengarah Kanan, Bahagian Galakan Pasaran dan Kepenggunaan, YBrs. Cik Zuriana binti Mat Adam, Pengarah Kanan Padanan Bekalan, YBrs. Puan Siti Nurul Haida binti Ibrahim, Pengarah FAMA Negeri Sembilan, YBrs. Encik Ramli bin Mat Sani, Pengarah Bahagian Pemasaran Segar dan Intervensi serta pegawai dan kakitangan FAMA dari Ibu pejabat dan Negeri.
Penganjuran program khas ini dilihat berupaya menangani isu lebihan bekalan serta kejatuhan harga buah-buahan bermusim dan durian di pasaran, khususnya semasa musim puncak pengeluaran, melalui penyediaan saluran pemasaran yang lebih terancang, sistematik dan berkesan.
FAMA terus komited berperanan sebagai pemudah cara pemasaran dalam memperkukuh rantaian bekalan agromakanan negara, menstabilkan harga pasaran serta menyokong agenda Kerajaan MADANI ke arah pembangunan sektor agromakanan yang mampan dan berdaya saing.
โ ๐๐ง๐ญ๐๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข & ๐๐ง๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข : ๐๐๐ฆ๐๐๐ฎ ๐๐๐ฃ๐๐ฒ๐๐๐งโ
Mohamad Sabu
Chan Foong Hin ้ๆณ็ผฃ
Abdul Rashid Bahri
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#MalaysiaMADANI
#TaatSetia
#KPKMMalaysia
#TeamKPKM
#CukupDanTerjamin
#FAMAdiHatiRakyat
#AgroMADANI
#JikaTergangguKamiAda
#OurFoodOurFuture

