๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
3 Mac 2026 (Selasa)
Bangi Resort
๐ ๐ฎ๐ท๐น๐ถ๐ ๐๐ฟ๐ฎ๐ฑ๐๐ฎ๐๐ถ ๐ฃ๐ฟ๐ผ๐ด๐ฟ๐ฎ๐บ ๐ฃ๐ฒ๐ป๐๐ถ๐ท๐ถ๐น๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฟ๐ผ๐ณ๐ฒ๐๐ถ๐ผ๐ป๐ฎ๐น๐ถ๐๐บ๐ฒ ๐๐ธ๐๐ฒ๐ธ๐๐๐ถ๐ณ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐๐๐ฑ๐ถ๐๐ผ๐ฟ ๐๐ฎ๐น๐ฎ๐น ๐ง๐ฎ๐ต๐๐ป ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ telah berlangsung dengan jayanya sebagai simbol pengiktirafan terhadap komitmen dan kecemerlangan pegawai FAMA yang berjaya menamatkan latihan serta pensijilan halal secara profesional.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBrs. Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA, yang menzahirkan penghargaan kepada para peserta atas dedikasi dan kesungguhan dalam memperkukuh kompetensi pengurusan serta pengauditan halal.
Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datoโ Dr. Mohd Fauzi bin Haji Ramlan, Pengerusi Lembaga Pengarah UPM Holdings Sdn. Bhd sebelum diteruskan dengan sesi penyampaian sijil dan anugerah kepada para graduan.
Antara anugerah yang disampaikan ialah Anugerah Peserta Terbaik Kategori Latihan Halal Eksekutif, Anugerah Peserta Terbaik Kategori Latihan Audit, Anugerah Peserta Aktif Dalam Kelas serta Anugerah Peserta Cemerlang Keseluruhan sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian cemerlang mereka sepanjang program.
Turut hadir memeriahkan majlis YBrs. Encik Abdul Rashid bin Bahri, Ketua Pengarah FAMA, Datuk Dr. Mohd Haniff bin Hassan, SUB IMAT KPKM, Encik Shahrulnizam bin Md Sharif, Ketua Pengarah Eksekutif UPM Holdings Sdn. Bhd, YBrs. Encik Faisal Iswardi Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Sekuriti Makanan dan Operasi) FAMA dan YBrs. Encik Shahrizan bin Sudiman, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) FAMA, bersama pegawai-pegawai FAMA yang meraikan kejayaan.
Program ini merupakan inisiatif strategik FAMA dalam membangunkan pasukan Auditor Halal Dalaman bagi memperkukuh kawalan pematuhan halal di peringkat operasi dan pengeluaran.
Selaras dengan aspirasi FAMA untuk menjadi Pusat Semakan Halal Produk Agro Nasional serta menyokong agenda Malaysia sebagai Hab Halal Global, latihan ini dilaksanakan berasaskan silibus rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), piawaian MS1500:2019 serta Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM).
Melalui pensijilan ini, para peserta menerima Sijil Profesional daripada Halal Professional Board (HPB) yang meningkatkan nilai profesional mereka, di samping membentuk jaringan Halal Executive Network yang menghubungkan agensi kerajaan, industri dan institusi akademik bagi memperkukuh kolaborasi strategik.
FAMA kekal komited dalam memperkukuh tadbir urus halal sektor agromakanan negara demi menjamin keyakinan pengguna serta memperkasa daya saing industri halal Malaysia di peringkat global.
โ ๐๐ง๐ญ๐๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข & ๐๐ง๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข : ๐๐๐ฆ๐๐๐ฎ ๐๐๐ฃ๐๐ฒ๐๐๐งโ
Mohamad Sabu
Chan Foong Hin ้ๆณ็ผฃ
Aminuddin Zulkipli
Abdul Rashid Bahri
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#MalaysiaMADANI
#KPKMMalaysia
#TeamKPKM
#CukupDanTerjamin
#FAMAdiHatiRakyat
#AgroMADANI
#JikaTergangguKamiAda
#OurFoodOurFuture

