FAMA TV
Uncategorized

Program Ihya Ramadan FAMA 2026M | 1447H

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐ˆ๐‡๐˜๐€ ๐‘๐€๐Œ๐€๐ƒ๐€๐ ๐…๐€๐Œ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Œ / ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ ๐ŸŒ™โœจ

๐Ÿ“†๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐Œ๐š๐œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐‰๐ฎ๐ฆ๐š๐š๐ญ)
๐Ÿ“ ๐ˆ๐›๐ฎ ๐๐ž๐ฃ๐š๐›๐š๐ญ ๐…๐€๐Œ๐€

Bulan Ramadan yang penuh keberkatan terus menjadi ruang untuk memperkukuh nilai keinsanan, kebersamaan dan ukhuwah dalam kalangan warga Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Sebelah petang telah berlangsung Program Agihan Bubur Lambuk, bacaan yasin dan sumbangan kepada anak yatim sempena Ramadan di Ibu Pejabat FAMA yang menjadi simbolik semangat berkongsi serta mengeratkan hubungan silaturahim antara warga kerja.

Pada sebelah malam pula, program diteruskan dengan Program Ihya Ramadan FAMA 2026M / 1447H sebagai wadah penghayatan nilai-nilai murni Ramadan di samping memperkukuh kebersamaan dalam kalangan warga organisasi.

Penganjuran program seumpama ini mencerminkan komitmen FAMA dalam menyemai nilai integriti, keprihatinan dan semangat kebersamaan, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam membentuk masyarakat serta institusi yang lebih sejahtera dan mampan.

Pihak FAMA turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga FAMA yang telah memberikan komitmen serta kerjasama dalam menjayakan program ini.

Semoga Ramadan ini terus menjadi medan untuk memperbaiki diri, memperkukuh silaturahim serta meningkatkan iltizam dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan pembangunan sektor agromakanan negara.

โ€œ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข & ๐ˆ๐ง๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข : ๐๐ž๐ฆ๐š๐œ๐ฎ ๐Š๐ž๐ฃ๐š๐ฒ๐š๐š๐งโ€

Mohamad Sabu
Chan Foong Hin ้™ˆๆณ“็ผฃ
Aminuddin Zulkipli
Abdul Rashid Bahri
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

#MalaysiaMADANI
#KPKMMalaysia
#CukupDanTerjamin
#FAMAMalaysia
#FAMADihatiRakyat
#AgroMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#TreasureRamadanFAMA
#MenyebarKasihMelebarRezeki

Popular

Syilis Sambal Bilis Usahawan FAMA Perak

FamaTV Systems

Ts Ahmad Shafiq Cili Gronong Sarawak

FamaTV Systems

Majlis Perjumpaan YB Menteri Pertanian & Keterjaminan Makanan bersama Warga (KPKM) sempena Ramadan

FamaTV Systems

Leave a Comment