FAMA TV
Uncategorized

Program Jualan Agro MADANI (JAM) Pra Syawal

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‰๐”๐€๐‹๐€๐ ๐€๐†๐‘๐Ž ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ โ€“ ๐๐‘๐€ ๐’๐˜๐€๐–๐€๐‹๐ŸŒ™โœจ

๐Ÿ“… 16 Mac 2026 (Isnin)
โฐ 7.30 Pagi โ€“ 3.00 Petang
๐Ÿ“ Dataran Ilmu, Bandar Baru Selayang

Program Jualan Agro MADANI (JAM) Pra Syawal anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) berlangsung meriah hari ini dengan kehadiran ramai pengunjung yang mengambil peluang mendapatkan pelbagai barangan keperluan pada harga lebih berpatutan sebagai persiapan menjelang Aidilfitri.

Antara yang menjadi tumpuan utama adalah Mantai Daging, apabila sebanyak 1,000 kilogram daging lembu segar ditawarkan pada harga RM30 sekilogram, lebih rendah berbanding harga pasaran sekitar RM35 sekilogram, sekali gus memberi penjimatan kepada pengguna.

Perasmian program telah disempurnakan oleh YB Puan Anfaal binti Saari, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer, bersama YBrs. Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA, YBrs. Encik Abdul Rashid Bahri, Ketua Pengarah FAMA, YBrs. Puan Suraya binti Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Industri Agromakanan) FAMA, YBrs. Puan Asmizal binti Jaafar, Pengarah Kanan Bahagian Galakan Pasaran dan Kepenggunaan FAMA serta YBrs. Encik Isa bin Hamzah, Pengarah FAMA Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Selain daging segar, pengunjung turut berpeluang mendapatkan ayam segar dan ayam pencen pada harga istimewa, di samping menikmati Kombo MADANI, pakej barangan keperluan asas pada harga lebih rendah berbanding pasaran.

Lebih menarik, pengunjung turut menerima agihan rendang ayam secara percuma, manakala sayur percuma diberikan kepada pengunjung terawal yang hadir memeriahkan program.

Program ini turut menampilkan pelbagai produk agromakanan segar, barangan kawalan serta keperluan asas, dengan penjimatan antara 10 hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran setempat. Sebanyak 55 lot jualan melibatkan 29 usahawan tempatan, termasuk usahawan Industri Makanan dan Asas Tani (IMAT) yang menawarkan pelbagai kuih dan kerepek raya sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.

Program ini dijangka menarik kehadiran kira-kira 5,000 pengunjung yang mewakili sekitar 20,000 isi rumah, dengan sasaran nilai jualan sebanyak RM150,000, serta penjimatan kepada pengguna dianggarkan mencecah RM45,000.

YBrs. Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA berkata, penganjuran program seperti ini merupakan antara usaha berterusan FAMA dalam memastikan rakyat mendapat akses kepada bekalan makanan yang mencukupi pada harga berpatutan, khususnya menjelang musim perayaan.

FAMA akan terus komited menyediakan platform pemasaran yang memberi manfaat kepada pengguna dan usahawan agromakanan tempatan, selaras dengan usaha kerajaan membantu meringankan kos sara hidup rakyat.

โ€œ ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข & ๐ˆ๐ง๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข : ๐๐ž๐ฆ๐š๐œ๐ฎ ๐Š๐ž๐ฃ๐š๐ฒ๐š๐š๐งโ€

Mohamad Sabu
Chan Foong Hin ้™ˆๆณ“็ผฃ
Aminuddin Zulkipli
Abdul Rashid Bahri
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

#MalaysiaMADANI
#KPKMMalaysia
#CukupDanTerjamin
#FAMAMalaysia
#FAMADihatiRakyat
#AgroMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#JAMPraSyawalFAMA2026

Popular

Majlis Ramah Mesra dan Iftar Bersama Mantan Pengurusan Tertinggi FAMA 2026

FamaTV Systems

Program Ihya Ramadan FAMA 2026M | 1447H

FamaTV Systems

Syilis Sambal Bilis Usahawan FAMA Perak

FamaTV Systems

Leave a Comment