๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐ Dewan JAPERUN Bukit Katil, Melaka
๐
4 April 2026 (Sabtu)
BUKIT KATIL, 4 April โ Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) terus memperkukuh agenda keterjaminan makanan negara melalui penglibatan dalam Program Sentuhan Agro MADANI yang telah berlangsung di Dewan JAPERUN Bukit Katil, Melaka.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Turut hadir YB Tuan Adam Adli bin Abdul Halim, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi merangkap Ahli Parlimen Bukit Katil serta YBhg. Datoโ Wira Haji Mahfuz bin Haji Omar, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).
YBrs. Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli, Pengerusi FAMA turut hadir bersama YBrs. Puan Suraya binti Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Industri Agromakanan) FAMA, YBrs. Tuan Haji Nor Azhar bin Abdul Hamid, Pengarah FAMA Negeri Melaka serta barisan ketua jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri Melaka.
Atur cara majlis dimulakan dengan ketibaan tetamu jemputan, diikuti ketibaan dif kehormat seterusnya gimik perasmian Program Sentuhan Agro MADANI. Program diteruskan dengan sesi walkabout ke kawasan Jualan Agro MADANI, nyanyian lagu Negaraku dan Melaka Maju Jaya, bacaan doa serta ucapan alu-aluan dan ucapan perasmian.
Antara pengisian utama termasuk pelaksanaan Jualan Agro MADANI yang menawarkan pelbagai hasil pertanian segar dan produk agromakanan pada harga berpatutan sebagai usaha membantu rakyat mengurangkan kos sara hidup di samping memastikan akses kepada bekalan makanan yang mencukupi dan berkualiti.
Pada majlis ini, YB Menteri turut menyampaikan mock cheque peruntukan sebanyak RM400,000 kepada FAMA Negeri Melaka bagi pelaksanaan Program Pengukuhan Keterjaminan Makanan, sekali gus memperkukuh inisiatif membantu rakyat khususnya di negeri Melaka.
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan FAMA dalam menyokong agenda keterjaminan makanan negara serta memperkasa pemasaran hasil agromakanan tempatan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
โ ๐๐ง๐ญ๐๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ข & ๐๐ง๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข : ๐๐๐ฆ๐๐๐ฎ ๐๐๐ฃ๐๐ฒ๐๐๐งโ
Mohamad Sabu
Chan Foong Hin ้ๆณ็ผฃ
Aminuddin Zulkipli
Abdul Rashid Bahri
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#MalaysiaMADANI
#KPKMMalaysia
#CukupDanTerjamin
#FAMAMalaysia
#FAMADihatiRakyat
#AgroMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja

